Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

1Murid 1 Sukan SenamRobik Sesi Petang

Pada 20 Februari 2013 diadakan senaman aerobik bagi pelajar sesi petang. Senaman dikendalikan oleh En Azman Esham dan dibantu oleh guru-guru sesi petang yang lain.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah 2013

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah diadakan pada 7 Februari 2013 bertempat di SMK Ajil. Seramai 32 orang pelajar SiBer menyertai kejohanan tersebut . Keputusan keseluruhan, SMK Seri Berang mendapat tempat Ke –2 di kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang terlibat.

Kejohanan Petanque Peringkat Daerah Hulu Terengganu

                        Pada  1 Februari 2013 (Jumaat) diadakan Kejohanan Petanq Peringkat Daerah Hulu Terengganu bertempat di MRSM Kuala Berang. Pada ke Johan lelaki manakala pasukan (Perempuan) SiBer 1 mendapat tempat ke 4. Pasukan (Lelaki) SiBer 1 dan pasukan (Perempuan) SiBer 2 pula berjaya ke suku akhir. Tahniah dan syabas diucapkan pada semua yang terlibat.

Pencapaian KoKurikulum Bulan Februari 2013

BIL SUKAN / PERMAINAN LAPORAN PENCAPAIAN 1 MERENTAS DESA Kejohanan Merentas Desa MSSDHT: ·   Tempat ketiga keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSST: ·   4 orang pelajar terpilih untuk mewakili daerah yang berlangsung pada 23 Februari di Besut 2 PETANQUE Kejohanan Petanque MSSDHT: ·   Johan kategori Lelaki MSSDHT ·   Tempat ke-4 kategori Perempuan MSSDHT Kejohanan Petanque MSST: ·   Kategori Lelaki – peringkat suku akhir yang berlangsung di Dungun 3 CATUR Kejohanan Catur MSSDHT: ·   Naib Johan  dan tempat ke-5 bagi kategori P18 ·   Tempat ke-4 dan ke-7 bagi kategori P15. Kejohanan Catur MSST: ·   2 pelajar terpilih iaitu seorang kategori P18 dan seorang kategori P15 yang akan berlangsung di Marang pada 7 – 9 Mac 2013 4 TENIS Peringkat MSST 2012: ·   Naib Johan Perempuan Bawah 16 tahun dalam Kem Bakat Tenis MSST 2012 Kejohanan Tenis MSST: ·  

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee

          Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee diadakan pada 6 Februari 2013. Majlis ini dilancarkan untuk membuktikan bahawa semua guru di sekolah ini mengambil berat berkaitan dengan diri pelajar sama ada dari segi akademik, sahsiah dan juga emosi pelajar. Begitu juga diharapkan para pelajar juga dapat menunjukkan kasih sayang terhadap guru-guru mereka. Bak kata Tuan Pengetua, “Guru Penyayang Murid berkualiti”. Para pelajar juga disarankan untuk mengamalkan 3S iaitu, Salam, Sapa dan Senyum.                                Selepas upacara perasmian oleh YDP sekolah iaitu Tuan Haji Ma’arof bin Seman, para pelajar yang lahir pada bulan Februari telah dijemput ke atas pentas untuk memotong kek hari lahir. Ia bertujuan untuk meraikan hari lahir mereka serta menunjukkan betapa cakna dan perihatinnya guru-guru mengenai hal peripadi para pelajar sehinggakan diberi penghormatan untuk memotong kek di atas pentas bersama-sama Tuan Pengetua dan YDP sekolah.

Majlis Pelancaran Bulan Disiplin

     Pada 14 Februari 2013 yang lepas telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Watikah Perlantikan Pengawas dan Ketua Tingkatan bagi tahun 2013. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Safruddin bin Ali Husin. Majlis bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 1.15 petang. Serentak dengan itu juga diadakan Watikah Perlantikan Pengawas dan Ketua Tingkatan.      Pada penghujung majlis diadakan gimik pelancaran bulan disiplin. Gimik tersebut berjalan dengan lancar iaitu dengan lakonan daripada beberapa orang pelajar yang menjadi zombi dan mengumpul semua rokok, pil-pil khayal dan alat-alat suntikan untuk dibakar oleh Tuan Pengetua dan juga Tuan PPD. Selesai gimik pelancaran, VIP dijemput ke jamuan makan bersama-sama dengan para pelajar kelas 3KRK bagi meraikan peratusan kehadiran tertinggi mereka bagi bulan Januari. Tahniah diucapkan kepada Unit Displin kerana diatas kejayaaan majlis Pelanacaran Bulan Displin.

Tokoh Nilam Siber 2013

       Nur Akmaliah Binti Alias telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Siber oleh SMK Seri Berang pada tahun 2013 ini,nama beliau tidak asing lagi dalam kalangan SMK Seri Berang .Beliau bukan sahaja pelajar yang cemerlang dalam akademik malah begiat aktif dalam bidang koakademik.                         Ekoran daripada minat beliau yang suka membaca, pada tahun ini SMK Seri Berang telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Nilam Siber Sekolah.Adik Nur Akmaliah telah memebaca lebih 440 buah buku pada tahun lalu menjadikan ayahandanya iaitu Alias Ismail yang juga Tokoh Nilam Guru 2010 sebagai ikon.Ternyata anak muda ini begitu bersungguh-sungguh ingin  menjejaki kejayaan ayahandanya itu.       Antara kejayaan beliau ialah Johan berturut-turut 5 kali dalam Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Daerah,Naib Johan Pertandingan Puisi Dan Lagu Peringkat Negeri,Naib Johan Pertandingan Menulis Esei Kebersihan Peringkat Negeri,tempat ke 4 dalam Pertandingan Pengisahan Tokoh Peringkat Negeri,J

Program Nilam sesi Petang iaitu 60 minit

Program Nilam sesi Petang iaitu 60 minit bersama buku diadakan pada 19 Februari 2013. Para pelajar sesi petang membaca buku bersama-sama di Dewan Gemilang selama 60 minit. Selepas selesai membaca buku, pelajar dikehendaki mengisi buku nilam.

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber diadakan pada 27 Februari 2013 di Dewan Gemilang SMK Seri Berang . Majlis diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pengawas PSS kepada khalayak dan memberi pengiktirafan kepada mereka supaya mereka berani dan yakin dalam menjalankan tugas mereka sebagai pengawas PSS.Majlis ini diadakan untuk memberi motivasi yang membina kepada murid –murid lain agar mencontohi keperibadian dan kerja Pengawas PSS.                          Serentak  dengan majlis ini juga diadakan majlis Pelancaran Nilam 2013.Diumumkan juga penerima Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Sekolah 2012 iaitu Nur Akmaliah Binti Alias. Secara keseluruhannya,program ini telah mencapai sasaran. Semua guru dan pelajar SMK Seri Berang hadir bagi memeriahkan suasana program.Kerjasama dan toleransi antara warga SMK Seri Berang amat membanggakan bagi menjayakan majlis ini berjalan dengan lancarnya.

Program Jejak Menara STPM

Program Jejak Menara STPM  diadakan pada 3 Februari 2013 (Ahad). Seramai 6 orang bekas pelajar Tingkatan 6  hadir untuk menceritakan pengalaman mereka di IPT . Objektif program ini diadadakan adalah  untuk memberi motivasi kepada para pelajar  Tingkatan 6 . Semoga  pelajar-pelajar  akan lebih bersemangat untuk mendaki ke puncak menara gading.

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM

                  Pelbagai aktiviti diadakan sempena Minggu Pendidikan Islam peringkat sekolah. Antaranya adalah pertandingan tilawah al quran, hafazan, syarahan,nasyid dan  Khat. Pertandingan tersebut dijalankan selama  dua hari iaitu pada hari Selasa (12 Februari) dan Rabu (13 Februari). Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mewakili rumah sukan  masing-masing ke pertandingan tersebut.