Skip to main content

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber


Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber diadakan pada 27 Februari 2013 di Dewan Gemilang SMK Seri Berang . Majlis diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pengawas PSS kepada khalayak dan memberi pengiktirafan kepada mereka supaya mereka berani dan yakin dalam menjalankan tugas mereka sebagai pengawas PSS.Majlis ini diadakan untuk memberi motivasi yang membina kepada murid –murid lain agar mencontohi keperibadian dan kerja Pengawas PSS.        
                 Serentak  dengan majlis ini juga diadakan majlis Pelancaran Nilam 2013.Diumumkan juga penerima Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Sekolah 2012 iaitu Nur Akmaliah Binti Alias.
Secara keseluruhannya,program ini telah mencapai sasaran. Semua guru dan pelajar SMK Seri Berang hadir bagi memeriahkan suasana program.Kerjasama dan toleransi antara warga SMK Seri Berang amat membanggakan bagi menjayakan majlis ini berjalan dengan lancarnya.



Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).