Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Kejohanan Sukan Balapan Dan Padang Kali Ke-7 SMK Seri Berang 2013

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-7 buat SMK Seri Berang telah berlangsung pada 18 September (Rabu) sehingga 19 September 2013(Khamis) dengan penuh warna warni dan kemeriahan. Acara dijalankan dengan penuh semangat oleh para peserta dengan dibantu oleh AJK kejohanan yang bertungkus lumus membuat persediaan bagi memastikan kejohanan berjalan dengan lancar. Antara acara yang disajikan dalam kejohanan kali ini adalah acara olahraga 100 meter,200 meter, 400 meter, 800 meter, 4 x 100 meter, lempar cakera, lompat jauh dan perbarisan terbaik rumah sukan. Olahragawati kejohanan ini disandang oleh Nur Ain Farahani  yang memenangi pingat  emas acara 100 meter, emas dalam acara lompat jauh dan gangsa dalam acara 200 meter. Olahragawan kejohanan pula dimenangi oleh Mohammad Lukmanul Hakim yang turut memenangi pingat  emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan lompat  jauh.

Program Sentuhan Kasih Sayang Bertaut

Program ini telah dijalankan selama 3 hari di Kem Seri Keluang,Besut,Terengganu pada 26 September sehingga 28 September 2013.Program ini diadakan untuk meningkatkan kekuatan diri dari segi emosi,fizikal dan mental pelajar serta menanam,memupuk dan menyuburkan rasa istimewa pada diri pelajar .Program ini merupakan program rutin unit Hal Ehwal Murid namun pada tahun ini telah diberi penjenamaan semula daripada program Kem Pemantapan Kendiri dengan merombak beberapa slot pengisian.   Program  ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang positif,mempunyai cita-cita ,bertanggungjawab  dan berinspirasi untuk membangunkan diri sendiri dengan kehendak sendiri,keluarga,masyarakat,agama dan Negara.

Motivasi Sentuhan Tuan PPDHT

Pertemuan Tuan PPDHT Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin bersama calon PMR 2013 pada 4 September 2013 (Rabu) telah menyuntik semangat pelajar PMR SMK Seri Berang. Pertemuan itu diadakan di Bilik Kuliah Tingkatan 6 pada pukul 11.30 pagi. Walaupun pertemuan itu singkat,namun diharapkan menjadi penyuntik semangat pelajar untuk menghadapi Peperiksaan PMR dengan keputusan cemerlang.Beliau juga banyak berkongsi tips di dalam peperiksaan dan persediaan untuk pelajar menjelang peperiksaan.

Program Motivasi Keibubapaan Pelajar Elit PMR Dan SPM

Program Motivasi Keibubapaan Pelajar Elit PMR telah diadakan pada 12 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang SiBer pada pukul10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.Motivasi disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir Bin Jusoh Pegawai daripada JPNT.Beliau telah memberi tips berguna kepada Ibu bapa mengenai peranan Ibu bapa menjelang peperiksaan.Program tersebut melibatkan 40 orang pelajar elit PMR dan SPM SMK Seri Berang.

Motivasi Sentuhan Kaunselor

 Program ini telah diadakan oleh Kaunselor SMK Seri Berang ,Pn.Mazliza sebelum peperiksaan PMR menjelang.Program diadakan pada 4 September 2013(Rabu ) sehingga 5 September 2013(Khamis) di Bilik Kuliah Tingkatan 6.Program bermula pada pukul12 tengah hari pada 4 September 2013(Rabu )  dan  pukul 11.30 tengah hari pada 5 September 2013.Objektif program untuk mencungkil potensi diri yang ada pada pelajar dan perlu digunakan sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan sebenar PMR 2013.

Program Motivasi Unit Kaunseling

Majlis Restu Ilmu Pelajar PMR

Majlis Restu Ilmu telah diadakan di  Dewan Gemilang  Siber pada pukul10.30 pagi,pada 30 September 2013 (Isnin) bagi memberi restu warga pendidik kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR.Aktiviti berlangsung dengan kata-kata dan ucapan motivasi daripada Tuan Pengetua ,En.Ramli Bin Pik bagi menyuntik semangat kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan. SMK Seri Berang mengambil pendekatan ini untuk mengeratkan silaturahim dan memberi restu ilmu kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR .Acara berlangsung dengan taklimat Setiausaha Peperiksaan dan ucapan dari guru mata pelajaran SMK Seri Berang.Program bersurai dengan pelajar bersalaman dengan guru-guru mereka.

Program Temu murni Ibubapa Pelajar PMR & SPM

              Satu program telah dijalankan pada 26 September 2013 (Khamis) bagi merealisasikan kerjasama antara warga pendidik dengan ibu bapa para pelajar SMK Seri Berang berterusan menjelang peperiksaan PMR dan SPM 2013 yang bakal tiba tidak lama lagi.Oleh hal yang sedemikian,SMK Seri Berang telah mengambil kesempatan dan inisiatif dengan mengadakan Program Temu Murni Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5  bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang pada pukul 11 pagi sejurus Program Solat Hajat Perdana selesai.   Objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan warga pendidik dengan ibu bapa dan para pelajar selain bersama-sama berkongsi pendapat dengan ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak mereka.Para pelajar ditemani ibu bapa mereka berbincang dan berkongsi idea tentang permasalahan anak-anak mereka dalam bidang akademik bersama-sama guru kelas masing-masing untuk sama-sama mengatasinya.Program Temu Murni berjalan dengan baik dan lancar dan mendapat sa

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer

Ops Ponteng Kelas Tambahan & Perjumpaan Khas Dengan Ibu bapa

SMK Seri Berang telah mengadakan kelas tambahan kepada pelajar sebagai persediaan tambahan kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan,walaupun kelas tambahan tersebut mendapat sambutan menggalakan daripada para pelajar ,namun terdapat segelintir pelajar tidak menghadiri kelas tambahan tersebut.Oleh sebabitu,SMK Seri Berang telah membuat keputusan melancarkan operasi Ops Ponteng Kelas Tambahan  dan perjumpaan khas dengan ibu bapa pelajar yang tidak menghadiri kelas tersebut bagi menyelesaikan permasalahan ini. Program ini bermula pada pukul 9 pagi 11 September 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat SiBer sesi perjumpaan khas Tuan Pengetua SiBer,En.Ramli Bin Pik dan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran ,En.Rasdi Derahman yang telah mempengerusikan majlis tersebut.Ibu bapa hadir menemani anak mereka bagi memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk sama-sama mengatasi masalah tersebut  dan berkongsi idea mengenainya.Hal ini menunjukkan komitmen bukan sahaja pihak sekolah ma