SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERANG,21700 KUALA BERANG,TERENGGANU
Search This Blog
Program Sentuhan Kasih
Program Sentuhan Kasih diadakan pada 11 Mac 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Objektif program ialah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sesi petang.
Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.
Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua. PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).
Comments