SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERANG,21700 KUALA BERANG,TERENGGANU
Search This Blog
Kejohanan Sofbal MSSDHT 2014
SMK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sofbal MSSDHT yang diadakan pada 16 hingga 19 Mac 2014. Kejohanan yang telah berlangsung selama empat hari di Padang Gemilang itu telah disertai oleh lima buah pasukan iaitu dua pasukan dari SMK Seri Berang,satu pasukan masing-masing dari SMK Ajil, SMK Tengku Ampuan Intan dan SMS Hulu Terengganu. Perlawanan ini telah melibatkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki, johan disandang oleh pasukan dari SMK Ajil, naib johan dirangkul oleh pasukan dari SMK Ajil dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari SMK Seri Berang Lelaki A. Perlawanan ini juga menyaksikan pasukan sofbal perempuan A dari SMK Seri Berang muncul sebagai juara manakala pasukan sofbal dari SMK Ajilmendapat naib johan dan SMK Tengku Ampuan Intan mendapat tempat ketiga. Hadiahtelahdisampaikan oleh Tuan Haji Abul Rahman bin Bakar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kepadapemenang.
Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.
Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua. PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).
Comments