Skip to main content

Ops Ponteng Kelas Tambahan & Perjumpaan Khas Dengan Ibu bapa

SMK Seri Berang telah mengadakan kelas tambahan kepada pelajar sebagai persediaan tambahan kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan,walaupun kelas tambahan tersebut mendapat sambutan menggalakan daripada para pelajar ,namun terdapat segelintir pelajar tidak menghadiri kelas tambahan tersebut.Oleh sebabitu,SMK Seri Berang telah membuat keputusan melancarkan operasi Ops Ponteng Kelas Tambahan  dan perjumpaan khas dengan ibu bapa pelajar yang tidak menghadiri kelas tersebut bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Program ini bermula pada pukul 9 pagi 11 September 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat SiBer sesi perjumpaan khas Tuan Pengetua SiBer,En.Ramli Bin Pik dan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran ,En.Rasdi Derahman yang telah mempengerusikan majlis tersebut.Ibu bapa hadir menemani anak mereka bagi memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk sama-sama mengatasi masalah tersebut  dan berkongsi idea mengenainya.Hal ini menunjukkan komitmen bukan sahaja pihak sekolah malah pihak Ibu bapa juga sama-sama dalam berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar SiBer.






Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).