Skip to main content

Majlis Restu Ilmu Pelajar PMR

Majlis Restu Ilmu telah diadakan di  Dewan Gemilang  Siber pada pukul10.30 pagi,pada 30 September 2013 (Isnin) bagi memberi restu warga pendidik kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR.Aktiviti berlangsung dengan kata-kata dan ucapan motivasi daripada Tuan Pengetua ,En.Ramli Bin Pik bagi menyuntik semangat kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan.

SMK Seri Berang mengambil pendekatan ini untuk mengeratkan silaturahim dan memberi restu ilmu kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR .Acara berlangsung dengan taklimat Setiausaha Peperiksaan dan ucapan dari guru mata pelajaran SMK Seri Berang.Program bersurai dengan pelajar bersalaman dengan guru-guru mereka.







Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).