Skip to main content

LADAP Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
  Menyedari kepentingan ini, SMK Seri Berang telah mengambil inisiatif mengadakan ladap SPS pada 20 Ogos 2013 (Selasa) kepada semua guru dan staf. Ladap sesi pertama untuk guru sesi petang dan staf SiBer telah disampaikan oleh Encik Ruzlan bin Abd Gani, Pegawai Teknologi Pendidikan Kuala Berang dibantu oleh Encik Anwar bin Mansor, Pegawai Teknologi Pendidikan Tengkawang manakala ladap sesi kedua dikendalikan oleh Puan Zulhazlia bt Zulkifli untuk guru sesi pagi.






Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).