Skip to main content

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang

Bidang Kemanusiaan dengan kerjasama enam panitia iaitu Panitia Sejarah, Panitia Sivik, Panitia Seni Visual, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Geografi dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Seri Berang telah mengambil inisiatif mengadakan  aktiviti bersempena bulan kemerdekaan.  Sebagai pembukaan sambutan bulan kemerdekaan, majlis pelancaran bulan kemerdekaan ke-56 peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Ogos 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Gemilang. Ia bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2013 dan Hari Pembentukan Malaysia pada 16 September 2013. Ia juga salah satu cara untuk mendidik warga SiBer akan semangat cintakan tanah air bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan Kali ke-56 ini ; “MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”.
  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, Encik Ramli bin Pik, gimik pelancaran iaitu melepaskan burung merbuk sebagai simbol bebas dari penjajah dan upacara menaikkan jalur Gemilang.




Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).