Skip to main content

Kem Celik Solat

Pada 24 dan 25 Jun 2013 (Isnin dan Selasa), Badan dakwah dan Kerohanian dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Celik Solat yang merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Pelajar yang terlibat bagi kem celik solat pada tahun ini adalah semua pelajar tingkatan 1 dan dikendalikan oleh 17 orang fasilitator.
  Kem dimulakan dengan pendaftaran dan taklimat kepada peserta. Seterusnya ceramah kesedaran “Kewajipan Menunaikan Solat” telah disampaikan oleh  Ustaz Engku Mohusin bin Engku Wok Zin. Kem selama 2 hari ini telah mendedahkan peserta dengan wudhuk, perkara yang membatalkan wudhuk serta amali wudhuk (Bengkel 1),  bacaan rukun solat dan amali solat (Bengkel 2) serta solat berjemaah (Bengkel 3). Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Encik Ramli bin Pik .






Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).