Skip to main content

Majlis Penutup Ihya' Ramadan & Sumbangan Hari Raya Pelajar Miskin dan Yatim

Tanggal 5 Ogos 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Gemilang, satu majlis yang menjadi rutin tahunan bersempena memuliakan kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak telah berlangsung dengan penuh keceriaan.
              Program Ihya’ Ramadan diadakan dengan matlamat yang berfokus iaitu mengisi bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, mempertingkatkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya serta menyemai akhlak dan sifat-sifat mahmudah dalam diri pelajar dan semua warga SiBer. Antara pengisian yang dijalankan ialah Tadarus Al-Quran, Ceramah Nuzul Quran, Infak Ramadan, Risalah Ramadan, Pertandingan Melukis Kad raya, Tazkirah Persediaan Menyambut Hari Raya, Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Ramadan .
  Pada majlis penutup ini, telah berlangsung acara penyerahan ‘mock check’ daripada Tuan Haji Mohammad Azman bin Asmawi, Pengurus Janakuasa Hidro Elektrik Hulu Terengganu selaku wakil Tenaga Nasional Berhad untuk pembinaan surau sekolah di hadapan semua warga SiBer. Beliau juga telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM1563.00 hasil sumbangan daripada kakitangan  Tenaga Nasional Berhad  kepada pelajar-pelajar miskin dan yatim SMK Seri Berang.
  Seterusnya, pemenang-pemenang pertandingan melukis kad raya dan peserta tadarus diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan. Majlis Khatam Al-Quran di bawah bimbingan YM Ustaz Engku Mohusin bin Engku Wok Zin bersama-sama 90 peserta.mengakhiri Majlis Penutup Ihya’ Ramadan.
  Diharap program ini mencapai objektifnya dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Semoga bertemu lagi Ramadan akan datang dan aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat dijalankan dengan lebih jaya.





Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).