Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu

Semangat berkobar-kobar ditunjukkan oleh badan pengawas SMK Seri Berang untuk ekspedisi menawan puncak Kinabalu yang telah berlangsung pada 12 Julai 2012 sehingga 16 Julai 2012.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berkampung di sana. Sepanjang ekspedisi ini, keriangan dan kesungguhan jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang sememangnya inginkan sesuatu yang mencabar dan berpelajaran. Menariknya ekspedisi kali ini adalah penyertaan daripada pengetua SMK Seri Berang iaitu Hajah Che Mek Kamariah Binti Che Yem yang tidak melepas peluang turut serta bersama-sama dengan pelajar dan guru pengiring.