Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Pengaktifan 1 Bestarinet Yes ID

Modul 1Bestarinet VLE Ibu Bapa

APAKAH VLE? Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtualmanakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet. Untuk makluman, setiap ibu bapa sudah disediakan dengan 1Bestarinet Yes ID dan juga kata laluan untuk membolehkan ibu bapa mengakses laman pembelajaran ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyediakan satu modul sebagai panduan kepada ibu bapa untuk mendapatkan 1B