Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Bulan Disiplin & Minggu AntiDadah 2014

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin telah mengadakan satu program yang penting melibatkan semua warga SMK Seri Berang. Program yang dinamakan sebagai Bulan Displin dan Minggu Dadah diadakan bertujuan untuk melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan dan undang-undang sekolah. Di samping itu, program ini juga diadakan untuk membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid. Program ini diadakan dari 6 Mac sehingga 3 April 2014. Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Minggu Antidadah telah diadakan pada 9 Mac 2014 bertempat di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang. Masjlis pelancaran itu telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua SMK Seri Berang, En. Ramli bin Pik diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan dan disusuli dengan gimik pelancaran. Berik

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 telah diadakan pada 19 Mac 2014 (Rabu) dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 pula pada 20 Mac 2014 (Khamis)  di Dewan Gemilang. SMK Seri Berang mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STP M ) 2013 dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 2.5 6 berbanding 2.21 pada tahun 2012. Keputusan ini meletakkan SMKSB ke-24 terbaik di negeri ini dan kedua terbaik di daerah. Pelajar terbaik STPM 2013 ialah Aidil Ameen bin Alias yang memperoleh PN GK 3.42 dengan keputusan 1A, 2B+ dan 1B (4 prins ipal). Bagi S ijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 seramai 171 ora n g calon telah menduduki peperiksaan tersebut dan be rjaya mencatatkan 94.71 peratus kelulusan dengan GPS 5.75 . Seramai 2 orang calon mendapat 6A iaitu Nurul Nabilah bt Shafiei dan Nurul Syazana bt Abdul Jamal. Nurul Nabilah memperoleh  1A+, 1 A , 4A-,  2B+, 1C+. Tahniah kepad a pelajar yang berjaya dan gu

Kejohanan Sofbal MSSDHT 2014

SMK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sofbal MSSDHT yang diadakan  pada 16 hingga 19 Mac 2014. Kejohanan yang telah berlangsung selama empat hari di Padang Gemilang itu telah disertai oleh lima buah pasukan iaitu dua pasukan dari SMK Seri Berang,satu pasukan masing-masing dari SMK Ajil, SMK Tengku Ampuan Intan dan SMS Hulu Terengganu. Perlawanan ini telah melibatkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki, johan disandang oleh pasukan dari SMK Ajil, naib johan dirangkul oleh pasukan dari SMK Ajil dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari SMK Seri Berang Lelaki A. Perlawanan ini juga menyaksikan pasukan sofbal perempuan A dari SMK Seri Berang muncul sebagai juara manakala pasukan sofbal dari SMK Ajil  mendapat naib johan dan SMK Tengku Ampuan Intan mendapat tempat ketiga. Hadiah  telah disampaikan oleh Tuan Haji Abul Rahman bin Bakar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kepada pemenang.

Kejohanan Badminton MSSDHT 2014

Kejohanan Badminton peringkat MSSD Hulu Terengganu 2014 telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mac 2014 bertempat di SMK Landas. Norain Izzatie binti Kama telah muncul sebagai juara bagi kategori P18 manakala bagi kategori L15 dan L18 hanya layak ke peringkat separuh akhir. Kurang bernasib baik bagi peserta P15 yang tidak layak ke peringkat separuh akhir. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya teruskan usaha anda untuk mendapat kejayaan yang lebih baik daripada ini .

Pelancaran Remaja Berwawasan 2014

TEMPAT:  DEWAN GEMILANG,  SMK SERI BERANG TARIKH:  19 MAC 2014 MASA: 8.00 AM - 9.00 AM

Majlis Tilawah Al-Quran & Festival Nasyid 2014

Pada 18 Mac 2014, Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid peringkat zon B telah berlangsung di SMK Tengku Ampuan Intan. Bagi pertandingan nasyid, SMK Seri Berang yang diwakili oleh kumpulan An Najwan telah muncul sebagai naib johan sekaligus dapat melayakkan kumpulan An Najwan untuk mewakili zon ke peringkat daerah. Begitu juga dengan Zulkifli bin Zaid yang juga mendapat naib johan dalam pertandingan syarahan kategori lelaki turut layak ke peringkat seterusnya. Sementara itu, pertandingan syarahan kategori perempuan dan pertandingan tilawah al-Quran yang masing-masing diwakili oleh Nursyahirah bt Yahya dan Mohamad Hafizul bin Hazim telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi pertandingan-pertandingan tersebut.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12, Majlis Perasmian Tapak Surau SMK Seri Berang & Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia Tahun 2014

SMK Seri Berang telah mengadakan tiga majlis secara serentak pada 15 Mac 2014. Majlis tersebut ialah Mesyuarat Agung PIBG, Majlis Perasmian Tapak Surau SMK Seri Berang serta Pemberian Baucar Buku 1  Malaysia. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar merangkap Adun Kuala Berang. Majlis dimulakan dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12. Tujuan mesyuarat tersebut ialah untuk mengeratkan silaturahim  antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah, di samping melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak. Pada pukul 10 pagi Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia telah diagihkan kepada pelajar tingkatan enam. Majlis dimulakan dengan Perutusan Baucar Buku 1 Malaysia oleh Penyelaras Tingkatan 6 iaitu En. Abd Manan bin

Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/ SHELL JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014

Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT  Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa.  Pertandingan ini terbahagi kepada

LADAP Hasil Auditan OTI

Pada 8 Mac 2014 (Sabtu) telah diadakan ladap Hasil Auditan OTI bagi semua guru SMKSB bertempat di Bilik Mesyuarat, SMKSB. Penceramah yang menyampaikan ladap tersebut ialah Tn. Hj.  Zainon bin Abdullah dan En. Razali bin Ismail. Auditan Hasilan Berteraskan OTI ini telah diasaskan oleh Dato' Rahim Tahir semasa beliau menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu. Hasil perbengkelan pegawai-pegawai JPN Terengganu pada tahun 1996 satu borang pelaporan telah diwujudkan untuk diisi oleh sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu. Melalui borang ini, pemantau  dapat mengetahui dengan lebih cepat kemajuan sekolah ini bagi membuat auditan setiap keputusan Ujian OTI. Melalui borang ini panitia mata pelajaran dapat merancang kemajuan mata pelajaran masing-masing berasaskan Take-off Value (TOV) pada awal tahun. Bagi memastikan guru-guru yang mengajar dapat mencapai Operasional Target Incrementalisme (OTI) yang telah ditetapkan sebanyak lima kali sepanjang tahun, ujian-ujian OTI diadakan sepanjang tahu