Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Kem Kembara NILAM Peringkat Negeri Terengganu 2013

Marang-Pada 17-19 Mac lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu   telah menganjurkan Kem Kembara NILAM Peringkat Negeri Terengganu 2013 bertempat di BPTNT Marang.  Program ini diurus oleh Bahagian teknologi PendidikanNegeri Terengganu sebagai medan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menyertai Program NILAM di sekolah masing-masing dengan jayanya. Adik Nur Akmaliah Alias, Tokoh NILAM Pelajar SiBer telah menyertai kem inibagi mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori Bahasa Melayu.  Selama tiga hari dua malam di BTPNT,  banyak pengalamant elah ditimba dan diuji dar isegi mental mahu pun fizikal. Pesertat unggal kita ini meraih hadiah saguhati bagi NILAM Negeri Terengganu.Semoga pengiktirafan besar ini memberi dorongan kepada murid lainu ntuk meneruskan kegemilangan NILAM SiBer.



Karya SiBer Sayembara Penulisan Puisi DBP Wilayah Timur 2012

Tahniah buat salah seorang guru SiBer yang telah memenangi tempat Naib Johan hasil karya puisi beliau Sempena Menulis Puisi Bulan Bhasa Kebangsaan yang berjudul "Kembara Sepanjang Hayat".Jum sama-sama kita menghayati Puisi coretan beliau.



KEMBARA KE HUJUNG HAYAT Wan Fatimah Wan Sembok
Berkelana di denai kehidupan terbentang ranjau persoalan apakah bentuk ketentuan yang zahir dan tersembunyi tergenggamkah sebuah nikmat antara mungkir dengan  istiqamah di situ kita perlu membuat pilihan.

Di denai kehidupan ini kita mungkin tersimpang ke lorong-lorong kepalsuan terjerlus ke lawang kepayahan khilaf membuat pilihan.
Menghadapi ranjau di denai kehidupan sesekali mungkin kita tergelincir jatuh ke sungai sengsara tenggelamkan dahan skeptikal biar terperap di dasar kemungkinan.
Di denai kehidupan ini mungkin lewat kita temukan sebuah lebuh raya ke destinasi akhir kejapkan tali kesabaran agar terlihat sejalur sinar kan gemerlap malam pencarian.
Inilah denai takdir Ilahi yang telah tertinta padu inilah destinas…

MTQ PERINGKAT ZON

SiBer telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan nasyid Peringkat Zon dan tilawah Al-Quran.Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru yang terlibat.


Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Daerah Hulu Terengganu

Pada 18 - 20 Mac 2013 diadakan Pada 18 - 20 Mac 2013 diadakan perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Daerah Hulu Terengganu bertempat di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang. SiBer telah menghantar 27 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 3 dan tingkatan 4. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya adalah pertandingan kawad kaki, pertandingan kawad operasi dan pertandingan kebudayaan. bertempat di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang. SiBer telah menghantar 27 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 3 dan tingkatan 4. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya adalah pertandingan kawad kaki, pertandingan kawad operasi dan pertandingan kebudayaan.






Perlawanan Hoki peringkat daerah Hulu Terengganu

Pada  18 - 20 Mac 2013 telah diadakan perlawanan hoki peringkat daerah Hulu Terengganu bertempat di SK Tengkawang. SiBer Berjaya mendapat tempat ke-3 dalam perlawanan tersebut. Berikut adalah pemain hoki yang mewakili SiBer bagi Kategori L15: ·Amir Hamzah B. Md Azhar ·Ahmad Syakir Zulfairi B. Mohamad ·Alif Alimi B. Abdul Talib ·Irfan Khairi B. Ahmad Fuad










Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu Kali Ke -48

Pada 11– 14 Mac 2013 Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di SMK Jenagor. Pada keseluruhannya SiBer berjaya mendapat tempat ketiga.. Tahniah dan syabas diucapkan pada semua yang terlibat. Semoga kejohanan ini dapat meningkatkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan warga SiBer.


Program Sentuhan Kasih

Program Sentuhan Kasih diadakan pada 11 Mac 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Objektif program ialah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sesi petang.




PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan pada 5 Mac 2013 bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama AADK Hulu Terengganu.





ANALISIS PRINSIPAL PENUH SPM 2012 SMK SERI BERANG

ANALISIS PRINSIPAL PENUH STPM 2012

MAJLIS PERPISAHAN PENOLONG KANAN

Pada 17 Mac 2013 (Ahad), warga SMK Seri Berang telah kehilangan dua orang pemimpin yang sangat berwibawa iaitu mantan Penolong Kanan HEM, En Abu Hasmadi Bin Abu Bakar dan mantan Penolong Kanan Petang, En Mahzan Bin Murad @ Zulkifli.
En Abu Hasmadi bin Abu Bakar telah bertukar ke SMK Tapu. Manakala En Mahzan Bin Murad @ Zulkifli telah bertukar ke SMK Kuala Jederis. Majlis perpisahan kedua-dua penolong kanan itu telah diadakan serentak iaitu pada 17 Mac 2013 di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.Seiring dengan itu,  Warga SiBer mengucapkan selamat berkhidmat ke sekolah baharu bagi kedua-dua penolong kanan. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan terhadap sekolah. Warga SiBer juga amat mengalu- alukan kedatangan Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu iaitu Cik Robiah bt Yusof  dan Penolong Kanan Petang, En Zolkipli bin Muda. Semoga diharapkan kehadiran kedua-dua penolong kanan ini akan membawa impak yang besar untuk kecemerlangan sekolah."Selamat berkhidmat buat Pe…

Mesyuarat PIBG SiBer

Mesyuarat PIBG SiBer diadakan pada   2 Mac 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Y.B.M Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang  D.P.M.T (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu).Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu iaitu Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin P.J.K. Pelbagai agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Pelbagai idea telah dilontarkan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar SiBer.Sekalung tahniah untuk AJK PIBG SiBer yang baru dilantik. Semoga ajk baharu dapat meningkatkan kecemerlangan SiBer seterusnya melonjakkan nama SiBer di peringkat umum.






SELAMAT DATANG PK KOKORIKULUM DAN PK PETANG BARU SMK SERI BERANG