Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Perkhemahan Pengakap 2013

Kelas Tambahan PMR,SPM DAN STPM

Kecemerlangan akademik merupakan tonggak utama dalam kejayaan sesebuah sekolah. Sehubungan itu, SMK Seri Berang telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas tambahan seawal bulan Januari untuk para pelajar PMR, SPM dan STPM .Objektif program ini ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.            

Program Temu Murni 2013

Program Temu Murni yang pertama diadakan pada 30 Januari 2013 (Rabu) . Program ini diadakan khusus untuk para pelajar Tingkatan 3,4,5 dan 6 .Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Seri Berang iaitu En.Ramli Bin Pik .Majlis tersebut telah mendapat sambutan menggalakan daripada ibu bapa . Perjumpaan di antara ibu bapa, guru kelas dan pelajar telah di jalankan di kelas masing-masing.Jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang meluangkan masa hadir ke sekolah bagi menjayakan program ini .

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Hulu Terengganu

Pada 31 Januari 2013, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Hulu Terengganu.telah diadakan di Padang Astaka Kuala Berang. Seramai 350 orang pelajar sesi pagi  terlibat di dalam perarakan tersebut. Perarakan bermula dari SK  Tengku Ampuan Intan dan SK Telaga. Perarakan yang bermula dari  SK Tengku Ampuan Intan diketuai oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B. Dato Seri Ahmad Bin Said. Manakala perarakan dari  SK Telaga diketuai oleh Y.B. Haji Rozi Bin Haji  Mamat.Johan perarakan bagi kategori sekolah dimenangi oleh SMA Imtiaz. Naib johan pula dimenangi oleh SMK Ajil dan tempat ketiga dimenangi oleh SMA Mahmudiah.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pada 29 Januari (Selasa), Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Majlis tersebut telah diserikandengan bacaan Al Quran di Dewan Gemilang serta disusuli pula dengan selawat ke atas nabi Junjungan Muhammad S.A.W . Selepas itu diadakan Perarakan Maulidur Rasul di sekitar kawasan sekolah dan Taman Damai.        Para pelajar berarak mengikut rumah sukan masing-masing. Johan Pertandingan perarakan terbaik telah dimenangi oleh rumah wira.Naib johan dimenangi oleh rumah waja  dan tempat ketiga dimenangi oleh rumah putra (hijau). Pada kemuncak majlis, ceramah Maulidur Rasul dan kuiz 'spontan'.Semoga majlis seumpama ini  dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan warga SMK Seri Berang selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini'  Wasatiah  Tonggak Perpaduan Umah'  

kursus kawad kaki asas pasukan badan beruniform

Pada 17-19 Januari 2013, telah diadakan kursus kawad kaki asas pasukan badan beruniform di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur Kg Kemat, Kuala Berang. Kursus tersebut telah disertai oleh seramai 76 orang peserta yang terdiri daripada pasukan kadet bomba, kadet remaja sekolah, kadet polis, pengakap, puteri islam, pandu puteri dan PBSM.                  Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ketua- ketua setiap unit badan uniform berkenaan latihan asas kawad kaki. Antara aktiviti yang tekah dijalankan sepanjang kursus tersebut adalah latihan kawad kaki, teori arahan kawad, protokol pemakaian uniform sahsiah, Kembara malam, teori memadam kebakara, pertolongan semas, anduh, cpr, pertandingan pertolongan cemas dan pertandingan kawad kaki asas. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh tuan pengetua, En Ramli Bin Pik.

Majlis Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Majlis Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 bagi pelajar SMK Seri Berang dan SK Seri Berang diadakan pada 22 Januari 2013 bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Nor Bin Othman iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kebanyakan ibu bapa hadir untuk mengambil bantuan khas awal persekolahan yang bernilai RM 100. Semoga bantuan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya .

Solat Hajat kesejahteraan 2013

Solat Hajat Kesejahteraan   diadakan pada 3 Januari 2013 bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang. Objektif program adalah memohon kesejahteraan sempena tahun baru    2013. Program ini dijalankan dengan jayanya. Semoga lembaran 2013 mendapat keberkatan Ilahi. Insya-Allah.

Minggu Orentasi Tingkatan 1 & 4

Minggu orentasi pelajar tingkatan 1 dan  tingkatan 4 diadakan pada 1 Januari hingga 3 Januari 2013. Seramai 180 orang pelajar tingkatan 1 dan 150 orang pelajar tingkatan 4 telah terlibat di dalam Minggu Orientasi tersebut.Minggu Orentasi pelajar tingkatan 1 telah dijalankan pada sebelah petang dan dikendalikan oleh En Fadhli bin Rani serta dibantu oleh guru-guru mata pelajaran.Minggu Orentasi pelajar tingkatan 4 diadakan pada sesi pagi dan dikendalikan oleh Pn Mazliza. Para pelajar yang terlibat dalam minggu orentasi diharapkan mendapat maklumat yang berguna berkenaan sekolah dan dapat menjadi seorang pelajar yang berdisplin dan cemerlang bagi memenuhi aspirasi negara.

Hari Pertama Persekolahan 2013

            Pada 1 Januari 2013, merupakan lembaran baru bagi sesi persekolahan 2013.Bagi para pelajar, hari tersebut sememangnya dinanti-nantikan dengan semangat berkobar- kobar . Majoriti daripada para pelajar hadir ke sekolah dengan berpakaian lengkap uniform sekolah dan kebanyakannya adalah pakaian baharu.                  Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi di dewan Gemilang dan seterusnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Para pelajar telah mendapat satu set buku teks, kerusi dan meja.

Insentif Langganan Akhbar Utusan

             Syabas diucapkan kepada semua warga SMK Seri Berang kerana terpilih sebagai Penerima Anugerah Langganan Tertinggi Akhbar Utusan Malaysia Peringkat Kebangsaan.Insentif sebanyak RM 2000.00 telah diberikan kepada sekolah.Insentif tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran Utusan Malaysia Cawangan Terengganu pada Majlis Perpisahan Dan Sambutan Pengetua.

Majlis Perpisahan & Sambutan Pengetua

Pada 6 Januari 2013 (Ahad), warga SMK Seri Berang telah kehilangan seorang pemimpin yang sangat berwibawa iaitu mantan pengetua , Hjh Che Mek Kamariah bt Che Yem yang telah bertukar ke SMK Pengkalan Berangan, Marang.Majlis perpisahan dan sambutan pengetua baharu telah diadakan serentak pada 6 Januari 2013 (Ahad) di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.                 Dalam ucapan mantan pengetua, warga SMK Seri Berang tetap dalam ingatan beliau. Malahan beliau turut memberi amanat dan motivasi kepada semua warga Smk Seri Berang agar melaksanakan amanah yang digalas dengan sebaiknya. Hal ini selari dengan amalan yang dituntut oleh Rasullah S.A.W. Selain itu, para pelajar diingatkan agar mereka tidak mengabaikan solat serta janganlah menderhaka kepada ibu bapa.              Seiring dengan majlis perpisahan itu, majlis sambutan Pengetua baharu SMK Seri Berang iaitu En Ramli bin Pik turut diadakan. Warga SMK Seri Berang amat mengalu- alukan kedatangan pengetua SMK Seri Beran

Pendaftaran Pelajar SMK Seri Berang 2013

Pendaftaran pelajar tingkatan 1,2,3,5, dan 6 Atas untuk tahun 2013 telah diadakan  pada 30 Disember 2012. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan 2  telah dijalankan di Dewan Gemilang SMK Seri Berang .Manakala pendaftaran pelajar tingkatan 3, 5 dan 6  Atas  diadakan di kelas masing-masing.                 Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah  (PBS ) telah diberikan kepada ibu bapa pelajar Tingkatan 1 dan 2 . Taklimat tersebut disampaikan oleh PK Pentadbiran iaitu En Rasdi Bin Deraman . Taklimat tersebut juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan gambaran awal Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah  (PBS ) yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR ) .

Kenali Pengetua Kita,Selamat Datang En.Ramli Bin Pik

                                        En Ramli Bin Pik dilahirkan di Kg Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu pada 13   November 1957.   Mendapat pendidikan rendah di SK Serada Kuala Terengganu dan menengah di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Perguruan di Maktab Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Seterusnya Pendidikan Tinggi di Universiti Sains Malaysia dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Geografi (BA. Hons) pada 1988. Memulakan kerjaya sebagai guru di SK Kuala Jengal, Dungun pada 1 Mei 1979 hingga 31 Disember 1981.Bertukar ke SK Serada , Kuala Terengganu pada 1 Januari 1982 hingga 30 Jun 1984. Pada 1 Mei 1984, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Geografi (BA. Hons). Selepas itu beliau berkhidmat pula di SMK Seri Budiman pada   1 Julai 1988 sebagai guru penolong. Pada 1 Januari 2004, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan pada 1 Apri