Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Pertandingan Membangun Bahan Pembelajaran Kendiri Matematik Menggunakan GSP

Pada 21 September 2013 (Sabtu) yang lalu, satu Pertandingan Membangunkan Bahan Pembelajaran Kendiri Matematik menggunakan GSP 2013 telah diadakan di SMK Saujana, Setiu. Program itu bermula  seawal pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan telah dirasmikan oleh  Exco Pelajaran Negeri Terengganu iaitu YB En.Ghazali Bin Taib. SMK Seri Berang juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut bagi memberi cabaran kepada peserta lain. Hasilnya, pasukan Smk Seri Berang telah berjaya merangkul tempat ketiga Peringkat Zon 1 (Hulu Terengganu, Besut dan Setiu). Peserta bertuah tersebut ialah Afiq Iqbal Bin Sulaiman, Mohd Hafizul Hazim Bin Rosdi dan juga Mohd Amien Ehsan Bin Syahail. Penyampaian hadiah bagi peserta yang memenangi pertandingan tersebut diadakan pada 29 September 2013 di Hotel Tabung Haji,Gong Badak.