Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu

Semangat berkobar-kobar ditunjukkan oleh badan pengawas SMK Seri Berang untuk ekspedisi menawan puncak Kinabalu yang telah berlangsung pada 12 Julai 2012 sehingga 16 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berkampung di sana. Sepanjang ekspedisi ini, keriangan dan kesungguhan jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang sememangnya inginkan sesuatu yang mencabar dan berpelajaran. Menariknya ekspedisi kali ini adalah penyertaan daripada pengetua SMK Seri Berang iaitu Hajah Che Mek Kamariah Binti Che Yem yang tidak melepas peluang turut serta bersama-sama dengan pelajar dan guru pengiring.

Rentetan Aktiviti Pada Hari Kedua Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Seri Berang 2012

Keputusan Rasmi Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Seri Berang 2012
(sehingga Acara 220  : Hari Rabu, jam 11.30 pagi)
Bil Rumah Sukan Bilangan Pingat Jumlah Mata Emas Perak Gangsa K4 1 Biru 15 11 15 13
Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Seri Berang 2012
Tarikh: 19 Jun 2012 & 20 Jun 2012
Tempat: Padang Utama SMK Seri Berang Kejohanan Balapan dan padang merupakan acara tahunan bagi setiap sekolah.Pelajar-pelajar akan diberi pendedahan awal di peringkat sekolah dan bakat mereka akan dicungkil dan digilap sehingga mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Berikut adalah rentetan aktiviti di sepanjang kejohanan.
Rentetan Aktiviti pada Hari Selasa (19 Jun 2012) Sidang 1 & sidang II













Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia

Pada 16 Mei 2012, satu majlis penyerahan netbook 1 Malaysia telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang. Majlis berlangsung pada pukul 10 pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu YB. Tn. Hj. Mohd Nor Othman. Seramai 330 orang pelajar dan ibu bapa yang terlibat dalam majlis ini. SMK Seri Berang dilantik sebagai AJK makanan sepanjang berlangsungnya majlis.




LADAP PBS

Aktiviti:    LADAP PBS 2012  Tempat:   Bilik Mesyuarat SMKSB
Masa:      8 pagi