Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber adalah kumpulan yang membantu dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah. Sehubungan dengan itu, telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan pada 26hb Februari 2014 bertempat di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang kepada semua pengawas untuk memberikan keyakinan kepada mereka bahawa pihak sekolah telah melantik mereka sebagai pengawas secara rasminya. Majlis bermula pada  pukul 2.30 petang dengan ketibaan Tuan Pengetua SMK Seri Berang, Encik Ramli bin Pik  dan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Encik Mohd Rosli bin Mohd Amir.Penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas bermula pada pukul 3.04 petang dan diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pelajar Lelaki, Saudara Muhamad Emir Izzat bin M Zuki. Diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh Tuan Pengetua dan diakhiri dengan sesi bergambar.









Kejohanan Balapan & Padang MSSDHT 2014

AKTIVITI   : KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSDHT  KE-49 TAHUN 2014 TARIKH     : 17 HINGGA 20 FEBRUARI 2014. TEMPAT   : SMK JENAGOR, HULU TERENGGANU.
KEPUTUSAN : Pasukan sekolah telah berjaya mendapat 1 pingat emas, 9pingat perak dan 4 pingat gangsa dan 1 tempat ke-5 di kejohanan tersebut.
A. PINGAT EMAS 1. Acara 400 m       (P15) - Nur Fatihah Balqis Bt. Mohamed
B. PINGAT PERAK. 1. Lompat Jauh    (L18)   - Muhammad Luqmanul Hakim B. Abu Bakar. 2. 4 x 100          (L18)     - i. Muhammad Luqmanul Hakim B. Abu Bakar.                                            ii. Wan Mohd Ramadhan B. Wan Mat Sol.                                            iii. Muhammad Shafiq B. Anuar.                                            iv.  Muhammad Syafik B. Abu Bakar. 3. 110 m Lari Berpagar      (P18) -  Anis Nadhirah Bt. Abdul Basir. 4. 5000 Km Jalan Kaki ( P18) - Nur Suhailah Bt. Jamaluddin. 5. 100 m  (P18 ) - Nur Intan Irwana Bt. Mustaffa. 6. Merejam Lembing  (L15) - Mohammad Hazman B. Nordin. 7. Lompat…

Program Gerakan Pemantapan Kendiri Pelajar

Program Gerakan Pemantapan Kendiri Pelajar SMK Seri Berang, 2014 di adakan khas untuk membantu para pelajar tingkatan satu, dua, tiga dan empat sebagai persediaan supaya mereka tahu mengunakan peluang dan ruang yang ada untuk merebut kejayaan dengan cemerlang  serta bijak dalam menguruskan perkembangan diri sebagai seorang remaja dan pelajar. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Ceramah Masalah Sosial Remaja oleh Tn Haji Mohd Fauzy dari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu pada 17 Februari, Ceramah Perkembangan Keremajaan dan Bahaya Merokok oleh Dr Hanief dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu pada 18 Februari, Ceramah Motivasi Diri oleh Pn Mazliza pada 19 Februari  serta Ceramah dan Pameran Keselamatan Jalan Raya oleh Tn Haji Ramly dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya pada 20 Februari 2014.






Kejohanan Bola Jaring MSSDHT 2014

Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Terengganu 2014 telah berlangsung pada 10hb hingga 12hb Februari 2014 bertempat di Padang SK Tapu.Seperti tahun lepas, SMK Seri Berang telah menghantar 2 pasukan bola jaring yang bertanding dalam kategori perempuan bawah 15 tahun dan kategori perempuan bawah 18 tahun. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari tersebut menyaksikan pertandingan yang sengit antara pasukan-pasukan yang bertanding. Pada kejohanan ini pasukan P15 hanya bersaing di peringkat awal sahaja manakala pasukan P18 mempertahankan kejuaraan tahun lepas apabila berjaya menjadi johan menewaskan SM Imtiaz Hulu Terengganu dengan mata 11 – 10.Seramai 8 orang pemain B18 berjaya mewakili Hulu Terengganu ke Kejohanan Bola Jaring MSST 2014 yang diadakan di SMK Mengabang Telipot, Kuala Terengganu pada 27 Februari hingga 1 Mac 2014. Pelajar berkenaan ialah Nor Fazrin Aqila bt Abd Rahman, Nur Fareeza Izlyn bt Ayub, Nik Nor Syazwani bt Zaki, Hasanah bt Ghazali, Nur Haizum Muyassarah bt Idris, Nor…

Kejohanan Sepak Takraw

Kejohanan Sepak Takraw bagi Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu 2014 telah berlangsung pada 12 Februari 2014 bertempat di SMK Tun Indera. Pasukan SMK Seri Berang yang dilatih dan diiring oleh  En. Hj A. Wahab bin A. Rahman telah mendapat naib johan bagi Kategori L18. Pasukan ini diwakili oleh  Mohd Aizat b Rashid, Mohd Aidi Firdaus b Zamri, Che Ku Amirul b Che Ku Azmi serta Mohd Sazrul Hamidi b Harun. Tahniah kepada para pemain dan diharapkan pasukan sepak takraw sekolah mendapat kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Kursus Kepimpinan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber

Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 6 hingga 8 Februari 2013 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Marang. Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kumpulan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma serta dihormati selain untuk meningkatkan tahap keyakinan diri pengawas ketika menjalankan tugas. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini ialah Treasure Hunt, Obstacle Hunt, Misi Selamatkan Ketua, Kenal Diri & Diley Message, Pengurusan Stress—Trust Falling serta Team Building. Diharapkan dengan adanya panduan dan bimbingan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan kemahiran berkomunikasi serta kemahiran- kemahiran yang telah didedahkan kepada para pengawas dan pengawas pusat sumber, akan dapat membantu mereka untuk menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi.






Pertandingan Petanque

Pertandingan Petanque peringkat daerah 2014 telah berlangsung pada 8 Februari 2014 bertempat di MRSM Kuala Berang. Kumpulan C yang telah diwakili oleh Raziqin bt Razali, Aszwana bt Razak dan Atikah bt Saman telah muncul sebagai johan. Turut muncul sebagai johan ialah acara guru yang telah diwakili oleh Pn YM Tg Naha Zaitulisma bt Tg Abdullah, Pn Azirawati bt Bakar dan Pn Nor Anisah bt Ab Wahab. Tahniah kepada yang berjaya.  


Majlis Meraikan Guru Bertukar & Jamuan Awal Tahun 2014

Pada 6 Februari 2014, Kelab Seri  SMK Seri Berang  telah menganjurkan majlis perpisahan kepada guru dan staf yang bertukar iaitu Cik Narimah bt Mohd Adam telah bertukar ke SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu dan Pn Zalita bt Jusoh yang bertukar ke SK Padang Setenga. Majlis tersebut turut meraikan guru dan staf yang menyambut  hari lahir pada bulan Januari dan Februari. Kami warga SiBer sentiasa mendoakan semoga sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T dan selamat berkhidmat di sekolah yang baru.