Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Program Pengetua Cakna

Tarikh:  21 - 22 April 2014 Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Seri Berang Penglibatan: Semua Tingkatan 3 dan 5
Program ini merupakan satu inisiatif dan komitmen yang tinggi daripada Pengetua selaku Pentadbir Sekolah yang menunjukkan kecaknaannya terhadap murid-murid dalam usaha mengubah paradigma dan pemikiran mereka ke  arah kecemerlangan. Semua kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar itu dikenalpasti dan diperkukuhkan dengan strategi untuk meningkatkan pencapaian dalam setiap peperiksaan.





Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM

Bengkel teknik menjawab sejarah SPM telah berlangsung pada  22 April 2014 (Selasa) bertempat di bilik Galeri Sejarah SMK Seri Berang. Bengkel ini melibatkan pelajar kelas 5E dan 5F dan dikendalikan oleh YM Tengku Shukri bin Tengku Hashim merangkap guru mata pelajaran sejarah Tingkatan 5. Objektif bengkel ini ialah bagi membantu para pelajar lulus dalam peperiksaan SPM nanti. Ia berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pukul 8 pagi dan berakhir jam 10 pagi.



Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2014

Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2014 telah berlangsung dari 17 hingga 19 April 2014 bertempat di Gelanggang Kelab Tenis Kemaman, Seorang pelajar SMK Seri Berang iaitu Muhammad Ilman Syahir bin Ab.Azih telah mewakili daerah Hulu Terengganu dan muncul sebagai naib johan perseorangan L15. Dengan kejayaan ini, beliau akan mewakili Terengganu Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Pulau Pinang pada 7 hingga 12 Jun 2014. SiBer mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan ini dan mendoakan kejayaan pada kejohanan yang akan datang.




“Reinvent Your Self” with 7 Effective Habits By Stephen Covey

Masa: 8.00 pagi – 1.15 petang Majlis Penutup: 12.30 -1.15 petang Tempat: Dewan Gemilang SMK Seri Berang








Pertandingan Public Speaking

Pertandingan Public Speaking peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 17 April 2014 bertempat  di PKG Kuala Berang, Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh Siti Humaira Abdul Hamid dari kelas 4A telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pelajar ini telah dibimbing oleh Pn. Rashidah bt Wahab dan Pn. Rose Aliza bt Mansor.

Pesta Pantun 2014

Pesta Pantun peringkat daerah Hulu Terengganu pusingan suku akhir telah diadakan pada 14 April 2014 (Isnin) di SMK Bukit Diman, SMK Matang dan SM Sains Hulu Terengganu pada jam 9.00 pagi.  Enam buah sekolah yang terlibat dalam pusingan suku akhir iaitu SMK Seri Berang, SMK Bukit Diman, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Matang, SMK Ajil dan SM Sains Hulu Terengganu.   SMK Seri Berang mendapat naib johan.  Para pemantun yang mewakili sekolah ialah Nur Fikriah bt Daud, Siti Nur Liyana bt Hamdan, Raziqin bt Razali, Syahida Afrina bt Abd Rashid dan Rosmanita bt Muhammat Yusof.  Semua pemantun daripada Tingkatan 5A. Pasukan pemantun sekolah ini telah dilatih oleh Pn. Shamsul Bariah bt Salleh, Pn. Norihan bt Mohamma, Pn. Ummi Elawati bt Othman dan Pn. Hanitasuria Abd. Ghani.


Majlis Anugerah Cemerlang 2013 dan Majlis Temu Murni Tingkatan 3, 4, 5 dan 6

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013 telah berlangsung pada 9 April 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.  Objektif  Majlis Anugerah Cemerlang diadakan  untuk memberi  penghargaan  oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2013. Majlis  tersebut bermula pada  pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi.





Majlis Temu Murni Tingkatan 3, 4, 5 dan 6 juga telah diadakan pada 9 April 2014 (Rabu) iaitu selepas selesai Majlis Anugerah Cemerlang 2013. Majlis  ini bermula pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang dan dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga murid Tingkatan 3, 4, 5 dan 6. Tujuannya ialah untuk berkongsi maklumat dan pandangan bagi memantapkan lagi pencapaian murid-murid. 






Majlis Pelancaran Program Emas Sepuluh 2014

Masa: 11.00 pagi –12.20 tengahari Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Seri Berang





DEKLAMASI PUISI REMAJA

Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 07 April 2014 di SMK Tapu, Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh Nur Syafiqa Baharudin dari kelas 2 KRK telah mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Jurulatih bagi pertandingan ini ialah Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok. Tahniah kepada peserta dan jurulatih.