Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

PERTANDINGAN ANTARTIKA LESTARI 2014 (REKA CIPTA KOMIK) PERINGKAT KEBANGSAAN

Sambutan Minggu Bahasa 2014

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Bahasa  (22 hingga 30 April 2014) ini adalah: Perasmian Minggu Bahasa Tarikh:  22 April 2014 Masa: 2.30 - 4.30 petang Tempat: Dewan Gemilang SMK Seri Berang “Spelling Bee”  Tarikh:  23 April 2014 Masa: 2.30 - 3.30 petang Tempat: Kelas 4F ‘News Broadcasting” Tarikh:  23 April 2014 Masa: 2.30 - 3.30 petang Tempat: Bilik Mesyuarat (sesi pagi) dan Dewan Gemilang (sesi petang)   “Sepetang bersama Nilam” Tarikh:  23 April 2014 Masa: 2.30 - 3.30 petang Tempat: Dewan Gemilang (sesi pagi) dan Dewan Gemilang (sesi petang) Pertandingan Melukis Tarikh:  23 April 2014 Masa: 2.30 - 3.30 petang Tempat: Bilik Mesyuarat (sesi pagi) dan Dewan Gemilang (sesi petang)   “Crossword Puzzle” Tarikh:  29 April 2014 Masa: 2.30 - 4.30 petang Tempat:  Dewan Gemilang “The Voice” Tarikh:  29 April 2014 Masa: 10.00 - 11.30 pagi Tempat:  Dewan Gemilang

Program Pengetua Cakna

Tarikh:  21 - 22 April 2014 Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Seri Berang Penglibatan: Semua Tingkatan 3 dan 5 Program ini merupakan satu inisiatif dan komitmen yang tinggi daripada Pengetua selaku Pentadbir Sekolah yang menunjukkan kecaknaannya terhadap murid-murid dalam usaha mengubah paradigma dan pemikiran mereka ke  arah kecemerlangan. Semua kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar itu dikenalpasti dan diperkukuhkan dengan strategi untuk meningkatkan pencapaian dalam setiap peperiksaan.

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.  

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM

Bengkel teknik menjawab sejarah SPM telah berlangsung pada  22 April 2014 (Selasa) bertempat di bilik Galeri Sejarah SMK Seri Berang. Bengkel ini melibatkan pelajar kelas 5E dan 5F dan dikendalikan oleh YM Tengku Shukri bin Tengku Hashim merangkap guru mata pelajaran sejarah Tingkatan 5 . Objektif bengkel ini ialah bagi membantu para pelajar lulus dalam peperiksaan SPM nanti. Ia berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pukul 8 pagi dan berakhir jam 10 pagi.

Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2014

Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2014 telah berlangsung dari 17 hingga 19 April 2014 bertempat di Gelanggang Kelab Tenis Kemaman, Seorang pelajar SMK Seri Berang iaitu Muhammad Ilman Syahir bin Ab.Azih telah mewakili daerah Hulu Terengganu dan muncul sebagai naib johan perseorangan L15. Dengan kejayaan ini, beliau akan mewakili Terengganu Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Pulau Pinang pada 7 hingga 12 Jun 2014. SiBer mengucapkan  syabas dan tahniah  atas kejayaan ini dan mendoakan kejayaan pada kejohanan yang akan datang.

“Reinvent Your Self” with 7 Effective Habits By Stephen Covey

Masa: 8.00 pagi – 1.15 petang Majlis Penutup: 12.30 -1.15 petang Tempat: Dewan Gemilang SMK Seri Berang

Pertandingan Public Speaking

Pertandingan Public Speaking peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 17 April 2014 bertempat  di PKG Kuala Berang, Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh Siti Humaira Abdul Hamid dari kelas 4A telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pelajar ini telah dibimbing oleh Pn. Rashidah bt Wahab dan Pn. Rose Aliza bt Mansor.

Pesta Pantun 2014

Pesta Pantun peringkat daerah Hulu Terengganu pusingan suku akhir telah diadakan pada 14 April 2014 (Isnin) di SMK Bukit Diman, SMK Matang dan SM Sains Hulu Terengganu pada jam 9.00 pagi.  Enam buah sekolah yang terlibat dalam pusingan suku akhir iaitu SMK Seri Berang, SMK Bukit Diman, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Matang, SMK Ajil dan SM Sains Hulu Terengganu.   SMK Seri Berang mendapat naib johan.  Para pemantun yang mewakili sekolah ialah Nur Fikriah bt Daud, Siti Nur Liyana bt Hamdan, Raziqin bt Razali, Syahida Afrina bt Abd Rashid dan Rosmanita bt Muhammat Yusof.  Semua pemantun daripada Tingkatan 5A. Pasukan pemantun sekolah ini telah dilatih oleh Pn. Shamsul Bariah bt Salleh, Pn. Norihan bt Mohamma, Pn. Ummi Elawati bt Othman dan Pn. Hanitasuria Abd. Ghani.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 dan Majlis Temu Murni Tingkatan 3, 4, 5 dan 6

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013 telah berlangsung pada 9 April 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang .  Objektif  Majlis Anugerah Cemerlang diadakan  untuk memberi  penghargaan  oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2013. Majlis  tersebut bermula pada  pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Majlis Temu Murni Tingkatan 3, 4, 5 dan 6 juga  telah diadakan pada  9 April 2014  (Rabu) iaitu selepas selesai  Majlis Anugerah Cemerlang 2013 . Majlis  ini bermula pada  11.00 pagi hingga 1.00 petang dan  dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga murid  Tingkatan 3, 4, 5 dan 6 . Tujuannya ialah untuk berkongsi maklumat dan pandangan bagi memantapkan lagi pencapaian murid-murid.