Pada 16 Mei 2012, satu majlis penyerahan netbook 1 Malaysia telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang. Majlis berlangsung pada pukul 10 pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu YB. Tn. Hj. Mohd Nor Othman. Seramai 330 orang pelajar dan ibu bapa yang terlibat dalam majlis ini. SMK Seri Berang dilantik sebagai AJK makanan sepanjang berlangsungnya majlis.
Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa. Pertandingan ini terbahagi kepada
Comments