Skip to main content

Pertandingan Membangun Bahan Pembelajaran Kendiri Matematik Menggunakan GSP

Pada 21 September 2013 (Sabtu) yang lalu, satu Pertandingan Membangunkan Bahan Pembelajaran Kendiri Matematik menggunakan GSP 2013 telah diadakan di SMK Saujana, Setiu. Program itu bermula  seawal pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan telah dirasmikan oleh  Exco Pelajaran Negeri Terengganu iaitu YB En.Ghazali Bin Taib.
SMK Seri Berang juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut bagi memberi cabaran kepada peserta lain. Hasilnya, pasukan Smk Seri Berang telah berjaya merangkul tempat ketiga Peringkat Zon 1 (Hulu Terengganu, Besut dan Setiu). Peserta bertuah tersebut ialah Afiq Iqbal Bin Sulaiman, Mohd Hafizul Hazim Bin Rosdi dan juga Mohd Amien Ehsan Bin Syahail. Penyampaian hadiah bagi peserta yang memenangi pertandingan tersebut diadakan pada 29 September 2013 di Hotel Tabung Haji,Gong Badak.


Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.