Skip to main content

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 dan Majlis Temu Murni Tingkatan 3, 4, 5 dan 6

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013 telah berlangsung pada 9 April 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.  Objektif  Majlis Anugerah Cemerlang diadakan  untuk memberi  penghargaan  oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2013. Majlis  tersebut bermula pada  pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi.





Majlis Temu Murni Tingkatan 3, 4, 5 dan 6 juga telah diadakan pada 9 April 2014 (Rabu) iaitu selepas selesai Majlis Anugerah Cemerlang 2013. Majlis  ini bermula pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang dan dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga murid Tingkatan 3, 4, 5 dan 6. Tujuannya ialah untuk berkongsi maklumat dan pandangan bagi memantapkan lagi pencapaian murid-murid. 







Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/ SHELL JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014

Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT  Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa.  Pertandingan ini terbahagi kepada

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).