Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber adalah kumpulan yang membantu dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah. Sehubungan dengan itu, telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan pada 26hb Februari 2014 bertempat di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang kepada semua pengawas untuk memberikan keyakinan kepada mereka bahawa pihak sekolah telah melantik mereka sebagai pengawas secara rasminya. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dengan ketibaan Tuan Pengetua SMK Seri Berang, Encik Ramli bin Pik dan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Encik Mohd Rosli bin Mohd Amir. Penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas bermula pada pukul 3.04 petang dan diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pelajar Lelaki, Saudara Muhamad Emir Izzat bin M Zuki. Diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh Tuan Pengetua dan diakhiri dengan sesi bergambar.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERANG,21700 KUALA BERANG,TERENGGANU