Skip to main content

Kejohanan Bola Jaring MSSDHT 2014

Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Terengganu 2014 telah berlangsung pada 10hb hingga 12hb Februari 2014 bertempat di Padang SK Tapu.Seperti tahun lepas, SMK Seri Berang telah menghantar 2 pasukan bola jaring yang bertanding dalam kategori perempuan bawah 15 tahun dan kategori perempuan bawah 18 tahun. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari tersebut menyaksikan pertandingan yang sengit antara pasukan-pasukan yang bertanding. Pada kejohanan ini pasukan P15 hanya bersaing di peringkat awal sahaja manakala pasukan P18 mempertahankan kejuaraan tahun lepas apabila berjaya menjadi johan menewaskan SM Imtiaz Hulu Terengganu dengan mata 11 – 10.Seramai 8 orang pemain B18 berjaya mewakili Hulu Terengganu ke Kejohanan Bola Jaring MSST 2014 yang diadakan di SMK Mengabang Telipot, Kuala Terengganu pada 27 Februari hingga 1 Mac 2014. Pelajar berkenaan ialah Nor Fazrin Aqila bt Abd Rahman, Nur Fareeza Izlyn bt Ayub, Nik Nor Syazwani bt Zaki, Hasanah bt Ghazali, Nur Haizum Muyassarah bt Idris, Nor Ain bt Sudin, Amirah Nabilah bt Yusof dan Nur Shyafiqah bt Mohamed. Tahniah diucapkan kepada pasukan P18 atas kejayaan yang cemerlang ini.Semoga akan terus berjaya pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.






Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer