Skip to main content

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber adalah kumpulan yang membantu dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah. Sehubungan dengan itu, telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan pada 26hb Februari 2014 bertempat di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang kepada semua pengawas untuk memberikan keyakinan kepada mereka bahawa pihak sekolah telah melantik mereka sebagai pengawas secara rasminya. Majlis bermula pada  pukul 2.30 petang dengan ketibaan Tuan Pengetua SMK Seri Berang, Encik Ramli bin Pik  dan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Encik Mohd Rosli bin Mohd Amir. Penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas bermula pada pukul 3.04 petang dan diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pelajar Lelaki, Saudara Muhamad Emir Izzat bin M Zuki. Diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh Tuan Pengetua dan diakhiri dengan sesi bergambar.










Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.