Skip to main content

Kenali Pengetua Kita,Selamat Datang En.Ramli Bin Pik



                                     
 
En Ramli Bin Pik dilahirkan di Kg Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu pada 13  November 1957.  Mendapat pendidikan rendah di SK Serada Kuala Terengganu dan menengah di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Perguruan di Maktab Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Seterusnya Pendidikan Tinggi di Universiti Sains Malaysia dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Geografi (BA. Hons) pada 1988.

Memulakan kerjaya sebagai guru di SK Kuala Jengal, Dungun pada 1 Mei 1979 hingga 31 Disember 1981.Bertukar ke SK Serada , Kuala Terengganu pada 1 Januari 1982 hingga 30 Jun 1984. Pada 1 Mei 1984, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Geografi (BA. Hons). Selepas itu beliau berkhidmat pula di SMK Seri Budiman pada  1 Julai 1988 sebagai guru penolong. Pada 1 Januari 2004, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan pada 1 April 2004 hingga 31 Ogos 2008 sebagai Penolong Kanan HEM di sekolah yang sama.

  Mulai 1 September 2008, beliau bertugas  sebagai Penolong Pengarah SPA di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu selama tiga tahun.  Beliau kembali semula bertugas di sekolah sebagai pengetua pada 1 April 2011 di SMK Jerangau, Dungun.Dilantik menjadi Pengetua SMK Seri Berang, Hulu Terengganu pada 1 Januari 2013. Beliau adalah penyandang jawatan Pengetua DG52 (1 Januari 2012).Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998 dan 2006. 

Pengalaman sebagai pengetua selama dua tahun di dua buah sekolah menengah harian di negeri Terengganu dengan suasana persekitaran berbeza,  memberikan pelbagai pengalaman berguna khususnya dalam pengurusan organisasi.  Selain kecekapan memimpin dan bertindak, pengetua mesti mempunyai kemahiran komunikasi berkesan, bersikap terbuka, selalu berbincang  dan bermesyuarat khasnya dengan kumpulan pengurusan sekolah, staf sokongan, pekerja swasta dan PIBG serta komuniti setempat amnya.  Begitu juga dengan para pelajar dan ibu bapa khususnya yang bermasalah disiplin, mesti berkomunikasi secara berhemah agar masalah dapat diselesaikan dengan “situasi menang-menang”.


Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer