Skip to main content

Majlis Perpisahan & Sambutan Pengetua






Pada 6 Januari 2013 (Ahad), warga SMK Seri Berang telah kehilangan seorang pemimpin yang sangat berwibawa iaitu mantan pengetua , Hjh Che Mek Kamariah bt Che Yem yang telah bertukar ke SMK Pengkalan Berangan, Marang.Majlis perpisahan dan sambutan pengetua baharu telah diadakan serentak pada 6 Januari 2013 (Ahad) di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.
                Dalam ucapan mantan pengetua, warga SMK Seri Berang tetap dalam ingatan beliau. Malahan beliau turut memberi amanat dan motivasi kepada semua warga Smk Seri Berang agar melaksanakan amanah yang digalas dengan sebaiknya. Hal ini selari dengan amalan yang dituntut oleh Rasullah S.A.W. Selain itu, para pelajar diingatkan agar mereka tidak mengabaikan solat serta janganlah menderhaka kepada ibu bapa.
             Seiring dengan majlis perpisahan itu, majlis sambutan Pengetua baharu SMK Seri Berang iaitu En Ramli bin Pik turut diadakan. Warga SMK Seri Berang amat mengalu- alukan kedatangan pengetua SMK Seri Berang ke -5 dan sekali gus diharapkan akan membawa impak yang besar untuk kecemerlangan sekolah ini."Selamat berkhidmat buat pengetua".


Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).