Majlis Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 bagi pelajar SMK Seri Berang dan SK Seri Berang diadakan pada 22 Januari 2013 bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Nor Bin Othman iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kebanyakan ibu bapa hadir untuk mengambil bantuan khas awal persekolahan yang bernilai RM 100. Semoga bantuan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa. Pertandingan ini terbahagi kepada
Comments