Pada 14 Februari 2013 yang lepas telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Watikah Perlantikan Pengawas dan Ketua Tingkatan bagi tahun 2013. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Safruddin bin Ali Husin. Majlis bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 1.15 petang.Serentak dengan itu juga diadakan Watikah Perlantikan Pengawas dan Ketua Tingkatan.
Pada penghujung majlis diadakan gimik pelancaran bulan disiplin. Gimik tersebut berjalan dengan lancar iaitu dengan lakonan daripada beberapa orang pelajar yang menjadi zombi dan mengumpul semua rokok, pil-pil khayal dan alat-alat suntikan untuk dibakar oleh Tuan Pengetua dan juga Tuan PPD.Selesai gimik pelancaran, VIP dijemput ke jamuan makan bersama-sama dengan para pelajar kelas 3KRK bagi meraikan peratusan kehadiran tertinggi mereka bagi bulan Januari. Tahniah diucapkan kepada Unit Displin kerana diatas kejayaaan majlis Pelanacaran Bulan Displin.
Comments