Skip to main content

Tokoh Nilam Siber 2013


       Nur Akmaliah Binti Alias telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Siber oleh SMK Seri Berang pada tahun 2013 ini,nama beliau tidak asing lagi dalam kalangan SMK Seri Berang .Beliau bukan sahaja pelajar yang cemerlang dalam akademik malah begiat aktif dalam bidang koakademik.
                
       Ekoran daripada minat beliau yang suka membaca, pada tahun ini SMK Seri Berang telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Nilam Siber Sekolah.Adik Nur Akmaliah telah memebaca lebih 440 buah buku pada tahun lalu menjadikan ayahandanya iaitu Alias Ismail yang juga Tokoh Nilam Guru 2010 sebagai ikon.Ternyata anak muda ini begitu bersungguh-sungguh ingin  menjejaki kejayaan ayahandanya itu.

      Antara kejayaan beliau ialah Johan berturut-turut 5 kali dalam Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Daerah,Naib Johan Pertandingan Puisi Dan Lagu Peringkat Negeri,Naib Johan Pertandingan Menulis Esei Kebersihan Peringkat Negeri,tempat ke 4 dalam Pertandingan Pengisahan Tokoh Peringkat Negeri,Johan berturut-turut 4 kali dalam Pertandingan Menulis Esei Kebersihan Peringkat Daerah,Naib Johan Hadiah Galakan Tunas Remaja Peringkat Kebangsaan yang berlangsung peyampaian hadiahnya di Serawak.
Beliau juga pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan.Cerpen hasil karangan beliau juga pernah tersiar pada September 2012 di Majalah dewan Siswa yang berjudul “”Seekor Anjing”.Semoga adik Nur Akmaliah terus Berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.Tahniah adik Nur Akmaliah.


Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer