Skip to main content

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee


          Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee diadakan pada 6 Februari 2013.Majlis ini dilancarkan untuk membuktikan bahawa semua guru di sekolah ini mengambil berat berkaitan dengan diri pelajar sama ada dari segi akademik, sahsiah dan juga emosi pelajar. Begitu juga diharapkan para pelajar juga dapat menunjukkan kasih sayang terhadap guru-guru mereka. Bak kata Tuan Pengetua, “Guru Penyayang Murid berkualiti”. Para pelajar juga disarankan untuk mengamalkan 3S iaitu, Salam, Sapa dan Senyum.
                
              Selepas upacara perasmian oleh YDP sekolah iaitu Tuan Haji Ma’arof bin Seman, para pelajar yang lahir pada bulan Februari telah dijemput ke atas pentas untuk memotong kek hari lahir. Ia bertujuan untuk meraikan hari lahir mereka serta menunjukkan betapa cakna dan perihatinnya guru-guru mengenai hal peripadi para pelajar sehinggakan diberi penghormatan untuk memotong kek di atas pentas bersama-sama Tuan Pengetua dan YDP sekolah.Selepas majlis memotong dan menyuap kek selesai, guru-guru dan pelar-pelajar yang bertuah telah mendapat dan menerima Mentor Mentee masing-masing. Tujuannya supaya guru-guru lebih mengenali para pelajar itu sendiri dengan lebih rapat disamping dapat membantu mentee mereka berjaya dan mendapat keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan mahupun kehidupan seharian.





Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.