Skip to main content

Karya SiBer Sayembara Penulisan Puisi DBP Wilayah Timur 2012

Tahniah buat salah seorang guru SiBer yang telah memenangi tempat Naib Johan hasil karya puisi beliau Sempena Menulis Puisi Bulan Bhasa Kebangsaan yang berjudul "Kembara Sepanjang Hayat".Jum sama-sama kita menghayati Puisi coretan beliau.



KEMBARA KE HUJUNG HAYAT
Wan Fatimah Wan Sembok

 Berkelana di denai kehidupan
terbentang ranjau persoalan
apakah bentuk ketentuan
yang zahir dan tersembunyi
tergenggamkah sebuah nikmat
antara mungkir dengan  istiqamah
di situ kita perlu membuat pilihan.


Di denai kehidupan ini
kita mungkin tersimpang
ke lorong-lorong kepalsuan
terjerlus ke lawang kepayahan
khilaf membuat pilihan.

Menghadapi ranjau di denai kehidupan
sesekali mungkin kita tergelincir
jatuh ke sungai sengsara
tenggelamkan dahan skeptikal
biar terperap di dasar kemungkinan.

Di denai kehidupan ini
mungkin lewat kita temukan
sebuah lebuh raya ke destinasi akhir
kejapkan tali kesabaran
agar terlihat sejalur sinar
kan gemerlap malam pencarian.

Inilah denai takdir Ilahi
yang telah tertinta padu
inilah destinasi kembara
abadi ke penghujung hayat.


16 Oktober 2012
Paya Resak, Marang, Terengganu
(Tempatkedua: Sayembara Penulisan Puisi DBP Wilayah Timur 2012)

Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.