Skip to main content

MAJLIS PERPISAHAN PENOLONG KANAN


Pada 17 Mac 2013 (Ahad), warga SMK Seri Berang telah kehilangan dua orang pemimpin yang sangat berwibawa iaitu mantan Penolong Kanan HEM, En Abu Hasmadi Bin Abu Bakar dan mantan Penolong Kanan Petang, En Mahzan Bin Murad @ Zulkifli.
               

En Abu Hasmadi bin Abu Bakar telah bertukar ke SMK Tapu. Manakala En Mahzan Bin Murad @ Zulkifli telah bertukar ke SMK Kuala Jederis. Majlis perpisahan kedua-dua penolong kanan itu telah diadakan serentak iaitu pada 17 Mac 2013 di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.Seiring dengan itu,  Warga SiBer mengucapkan selamat berkhidmat ke sekolah baharu bagi kedua-dua penolong kanan. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan terhadap sekolah.
Warga SiBer juga amat mengalu- alukan kedatangan Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu iaitu Cik Robiah bt Yusof  dan Penolong Kanan Petang, En Zolkipli bin Muda. Semoga diharapkan kehadiran kedua-dua penolong kanan ini akan membawa impak yang besar untuk kecemerlangan sekolah."Selamat berkhidmat buat Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang".









Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/ SHELL JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014

Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT  Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa.  Pertandingan ini terbahagi kepada

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).