Skip to main content

Kem Kembara NILAM Peringkat Negeri Terengganu 2013


Marang-Pada 17-19 Mac lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu  
telah menganjurkan Kem Kembara NILAM Peringkat Negeri Terengganu 2013 bertempat di BPTNT Marang.  Program ini diurus oleh Bahagian teknologi PendidikanNegeri Terengganu sebagai medan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menyertai Program NILAM di sekolah masing-masing dengan jayanya. Adik Nur Akmaliah Alias, Tokoh NILAM Pelajar SiBer telah menyertai kem inibagi mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori Bahasa Melayu.  Selama tiga hari dua malam di BTPNT,  banyak pengalamant elah ditimba dan diuji dar isegi mental mahu pun fizikal. Pesertat unggal kita ini meraih hadiah saguhati bagi NILAM Negeri Terengganu.Semoga pengiktirafan besar ini memberi dorongan kepada murid lainu ntuk meneruskan kegemilangan NILAM SiBer.

Adik Nur Akmaliah Alias (kedua dari kanan) bergambar bersama peserta Kem Kembara NILAM daerah Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.




Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/ SHELL JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014

Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT  Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa.  Pertandingan ini terbahagi kepada

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).