Skip to main content

Posts

Majlis Pelancaran Program Emas Sepuluh 2014

Masa: 11.00 pagi –12.20 tengahari Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Seri Berang

DEKLAMASI PUISI REMAJA

Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 07 April 2014 di SMK Tapu, Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh Nur Syafiqa Baharudin dari kelas 2 KRK telah mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Jurulatih bagi pertandingan ini ialah Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok. Tahniah kepada peserta dan jurulatih.   

Bulan Disiplin & Minggu AntiDadah 2014

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin telah mengadakan satu program yang penting melibatkan semua warga SMK Seri Berang. Program yang dinamakan sebagai Bulan Displin dan Minggu Dadah diadakan bertujuan untuk melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan dan undang-undang sekolah. Di samping itu, program ini juga diadakan untuk membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid. Program ini diadakan dari 6 Mac sehingga 3 April 2014. Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Minggu Antidadah telah diadakan pada 9 Mac 2014 bertempat di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang. Masjlis pelancaran itu telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua SMK Seri Berang, En. Ramli bin Pik diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan dan disusuli dengan gimik pelancaran. Berik...

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 telah diadakan pada 19 Mac 2014 (Rabu) dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 pula pada 20 Mac 2014 (Khamis)  di Dewan Gemilang. SMK Seri Berang mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STP M ) 2013 dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 2.5 6 berbanding 2.21 pada tahun 2012. Keputusan ini meletakkan SMKSB ke-24 terbaik di negeri ini dan kedua terbaik di daerah. Pelajar terbaik STPM 2013 ialah Aidil Ameen bin Alias yang memperoleh PN GK 3.42 dengan keputusan 1A, 2B+ dan 1B (4 prins ipal). Bagi S ijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 seramai 171 ora n g calon telah menduduki peperiksaan tersebut dan be rjaya mencatatkan 94.71 peratus kelulusan dengan GPS 5.75 . Seramai 2 orang calon mendapat 6A iaitu Nurul Nabilah bt Shafiei dan Nurul Syazana bt Abdul Jamal. Nurul Nabilah memperoleh  1A+, 1 A , 4A-,  2B+, 1C+. Tahniah kepad a pel...

Kejohanan Sofbal MSSDHT 2014

SMK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sofbal MSSDHT yang diadakan  pada 16 hingga 19 Mac 2014. Kejohanan yang telah berlangsung selama empat hari di Padang Gemilang itu telah disertai oleh lima buah pasukan iaitu dua pasukan dari SMK Seri Berang,satu pasukan masing-masing dari SMK Ajil, SMK Tengku Ampuan Intan dan SMS Hulu Terengganu. Perlawanan ini telah melibatkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki, johan disandang oleh pasukan dari SMK Ajil, naib johan dirangkul oleh pasukan dari SMK Ajil dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari SMK Seri Berang Lelaki A. Perlawanan ini juga menyaksikan pasukan sofbal perempuan A dari SMK Seri Berang muncul sebagai juara manakala pasukan sofbal dari SMK Ajil  mendapat naib johan dan SMK Tengku Ampuan Intan mendapat tempat ketiga. Hadiah  telah disampaikan oleh Tuan Haji Abul Rahman bin Bakar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kepada pemenang. ...

Kejohanan Sofbal MSSDHT 2014

  SMK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sofbal MSSDHT yang diadakan  pada 16 hingga 19 Mac 2014. Kejohanan yang telah berlangsung selama empat hari di Padang Gemilang itu telah disertai oleh lima buah pasukan iaitu dua pasukan dari SMK Seri Berang,satu pasukan masing-masing dari SMK Ajil, SMK Tengku Ampuan Intan dan SMS Hulu Terengganu. Perlawanan ini telah melibatkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki, johan disandang oleh pasukan dari SMK Ajil, naib johan dirangkul oleh pasukan dari SMK Ajil dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari SMK Seri Berang Lelaki A. Perlawanan ini juga menyaksikan pasukan sofbal perempuan A dari SMK Seri Berang muncul sebagai juara manakala pasukan sofbal dari SMK Ajil   mendapat naib johan dan SMK Tengku Ampuan Intan mendapat tempat ketiga. Hadiah   telah   disampaikan oleh Tuan Haji Abul Rahman bin Bakar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kepada   peme...

Kejohanan Badminton MSSDHT 2014

Kejohanan Badminton peringkat MSSD Hulu Terengganu 2014 telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mac 2014 bertempat di SMK Landas. Norain Izzatie binti Kama telah muncul sebagai juara bagi kategori P18 manakala bagi kategori L15 dan L18 hanya layak ke peringkat separuh akhir. Kurang bernasib baik bagi peserta P15 yang tidak layak ke peringkat separuh akhir. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya teruskan usaha anda untuk mendapat kejayaan yang lebih baik daripada ini .