Skip to main content

Bulan Disiplin & Minggu AntiDadah 2014

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin telah mengadakan satu program yang penting melibatkan semua warga SMK Seri Berang. Program yang dinamakan sebagai Bulan Displin dan Minggu Dadah diadakan bertujuan untuk melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan dan undang-undang sekolah. Di samping itu, program ini juga diadakan untuk membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid. Program ini diadakan dari 6 Mac sehingga 3 April 2014.
Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Minggu Antidadah telah diadakan pada 9 Mac 2014 bertempat di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang. Masjlis pelancaran itu telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua SMK Seri Berang, En. Ramli bin Pik diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan dan disusuli dengan gimik pelancaran.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sempena Bulan Disiplin dan Minggu Antidadah:-

Bil
Program
Tarikh
Tempat
Masa
1
Pameran Antidadah
06/03/2014
Dataran Che Mek Kamariah
9.00 Pg – 12.00 Tgh
2
Majlis Pelancaran
09/03/2014
Dewan Gemilang
12.30 Tgh
3
Operasi Kekemasan Diri
100/03/2014
Dewan Gemilang
7.40 Pg
1.15 Ptg
4
Operasi Ponteng
12/03/2014
Tempat Terpilih Sekitar Kuala Berang
8.00 Pg
5
Operasi Peralatan       Pelajar
16/03/2014
Semua Kelas
8.00 Pg
1.15 Ptg
6
Pelancaran Remaja Berwawasan
18/03/2014
Dewan Gemilang
2.00 Ptg
7
Pengurusan Jenazah
19/03/2014
Dewan Gemilang
8.00 Pg
8
Program Cegah Jenayah & Gengsterisme
30/03/2014
Dewan Gemilang
8.00 Pg
9
‘Urine
 Test’
31/03/2014
Bilik Gerakan Disiplin
9.00 Pg
10
Program Antibuli
03/04/2014
Bilik Mesyuarat
9.00 Pg



Pameran Antidadah 


 Majlis Pelancaran Bulan Disiplin & Minggu Antidadah 




Operasi Kekemasan Diri



Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer