Skip to main content

Kejohanan Sofbal MSSDHT 2014

SMK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sofbal MSSDHT yang diadakan  pada 16 hingga 19 Mac 2014. Kejohanan yang telah berlangsung selama empat hari di Padang Gemilang itu telah disertai oleh lima buah pasukan iaitu dua pasukan dari SMK Seri Berang,satu pasukan masing-masing dari SMK Ajil, SMK Tengku Ampuan Intan dan SMS Hulu Terengganu. Perlawanan ini telah melibatkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki, johan disandang oleh pasukan dari SMK Ajil, naib johan dirangkul oleh pasukan dari SMK Ajil dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari SMK Seri Berang Lelaki A. Perlawanan ini juga menyaksikan pasukan sofbal perempuan A dari SMK Seri Berang muncul sebagai juara manakala pasukan sofbal dari SMK Ajil  mendapat naib johan dan SMK Tengku Ampuan Intan mendapat tempat ketiga. Hadiah  telah disampaikan oleh Tuan Haji Abul Rahman bin Bakar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kepada pemenang.





Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.