Skip to main content

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 telah diadakan pada 19 Mac 2014 (Rabu) dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 pula pada 20 Mac 2014 (Khamis)  di Dewan Gemilang.
SMK Seri Berang mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 2.56 berbanding 2.21 pada tahun 2012. Keputusan ini meletakkan SMKSB ke-24 terbaik di negeri ini dan kedua terbaik di daerah. Pelajar terbaik STPM 2013 ialah Aidil Ameen bin Alias yang memperoleh PNGK 3.42 dengan keputusan 1A, 2B+ dan 1B (4 prinsipal).
Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 seramai 171 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut dan berjaya mencatatkan 94.71 peratus kelulusan dengan GPS 5.75 . Seramai 2 orang calon mendapat 6A iaitu Nurul Nabilah bt Shafiei dan Nurul Syazana bt Abdul Jamal. Nurul Nabilah memperoleh  1A+, 1A, 4A-,  2B+, 1C+.
Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan guru-guru serta ibu bapa yang memberi sokongan. Semoga pelajar akan meneruskan pengajian mereka dengan gigih sesuai amalan pengajian sepanjang hayat.





Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer