Kejohanan Badminton peringkat MSSD Hulu Terengganu 2014 telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mac 2014 bertempat di SMK Landas. Norain Izzatie binti Kama telah muncul sebagai juara bagi kategori P18 manakala bagi kategori L15 dan L18 hanya layak ke peringkat separuh akhir. Kurang bernasib baik bagi peserta P15 yang tidak layak ke peringkat separuh akhir. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya teruskan usaha anda untuk mendapat kejayaan yang lebih baik daripada ini.
Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa. Pertandingan ini terbahagi kepada
Comments