Pada 18 Mac 2014, Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid peringkat zon B telah berlangsung di SMK Tengku Ampuan Intan. Bagi pertandingan nasyid, SMK Seri Berang yang diwakili oleh kumpulan An Najwan telah muncul sebagai naib johan sekaligus dapat melayakkan kumpulan An Najwan untuk mewakili zon ke peringkat daerah. Begitu juga dengan Zulkifli bin Zaid yang juga mendapat naib johan dalam pertandingan syarahan kategori lelaki turut layak ke peringkat seterusnya. Sementara itu, pertandingan syarahan kategori perempuan dan pertandingan tilawah al-Quran yang masing-masing diwakili oleh Nursyahirah bt Yahya dan Mohamad Hafizul bin Hazim telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi pertandingan-pertandingan tersebut.
Pada 6 hingga 8 Mac 2014 telah berlangsung Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MKJR/SHELL/JPNT Peringkat Negeri Terengganu 2014 di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. SMK Seri Berang terpilih mewakili daerah Hulu Terengganu bagi kategori sekolah menengah dan diuruskan oleh En Shah Nuri bin Abdullah. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk membawa cabaran Hulu Terengganu. Pertandingan lalu lintas ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial yang dianjurkan Shell Malaysia bersama-sama agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri. Pertandingan ini merupakan satu platform kepada golongan muda untuk belajar dan menimba pengalaman serta peraturan yang perlu dipatuhi ketika di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini di jalan raya. Program pendidikan aspek keselamatan jalan raya yang ditekankan terhadap golongan pelajar dari peringkat awal ini menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dari semasa ke semasa. Pertandingan ini terbahagi kepada
Comments