Skip to main content

Kejohanan Sukan Balapan Dan Padang Kali Ke-7 SMK Seri Berang 2013

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-7 buat SMK Seri Berang telah berlangsung pada 18 September (Rabu) sehingga 19 September 2013(Khamis) dengan penuh warna warni dan kemeriahan. Acara dijalankan dengan penuh semangat oleh para peserta dengan dibantu oleh AJK kejohanan yang bertungkus lumus membuat persediaan bagi memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.
Antara acara yang disajikan dalam kejohanan kali ini adalah acara olahraga 100 meter,200 meter, 400 meter, 800 meter, 4 x 100 meter, lempar cakera, lompat jauh dan perbarisan terbaik rumah sukan. Olahragawati kejohanan ini disandang oleh Nur Ain Farahani  yang memenangi pingat  emas acara 100 meter, emas dalam acara lompat jauh dan gangsa dalam acara 200 meter. Olahragawan kejohanan pula dimenangi oleh Mohammad Lukmanul Hakim yang turut memenangi pingat  emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan lompat  jauh.










Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer