Skip to main content

Program Pengurusan Sosial Remaja Perempuan Sesi Petang

1 Julai 2013 (Isnin) - Satu program telah dilaksanakan kepada semua pelajar perempuan sesi petang bagi membantu pelajar menguruskan perhubungan sosial yang baik dan berlandaskan kehendak agama, juga untuk melahirkan pelajar yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Dilaksanakan melalui tiga slot ceramah. Ceramah “Ingat Sebelum Terkena” disampaikan oleh Ustazah Asiah bt Ahmad dan slot kedua dikendalikan oleh Pn Mazliza bt Ismail yang menyampaikan ceramah “Pengurusan Diri Remaja Perempuan”. Slot terakhir berkaitan disiplin pelajar perempuan pula telah disampaikan oleh Pn Maizul Alipah bt Mohd @ Mamat.



Comments

Popular posts from this blog

Program Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Objektif program adalah untuk menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM)

Salah satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA adalah dengan mengadakan mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik kepada murid tingkatan satu dan tingkatan dua.               PKLSM ini telah dilaksanakan di SMK Seri Berang pada 30 Julai 2013 (Selasa) dalam tempoh 45 minit setiap matapelajaran. Soalan yang disediakan adalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS  (Trends in International Mathematics and Science Study) dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment).

Program Solat Hajat Perdana

Peperiksaan PMR dan SPM semakin menghampiri buat para pelajar khasnya para pelajar PMR dan SPM di SMK Seri Berang.Pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan dalam usaha menaikkan lagi semangat para pelajar SMK Seri Berang untuk menghadapinya.Oleh sebab itu ,SMK Seri Berang telah mengadakan satu program khas iaitu Program Solat Hajat Perdana pada 26 September 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Gemilang pada pukul 8 pagi sehingga  pukul11 pagi. Objektif solat hajat ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan  para pelajar PMR dan SPM ini menjawab soalan dan diberikan keberkatan ilmu yang dipelajari.Program ini juga telah disambut baik oleh para penjaga mereka yang meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar dan warga pendidik SMK Seri Berang.Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat.Ceramah Keibubapaan juga diselitkan dalam program tersebut sebagai motivasi kepada ibu bapa dan para pelajar untuk menaikkan lagi semangat moral dalam kalangan mer