Skip to main content

LADAP Frog VLE

Latihan penggunaan sistem pembelajaran FROG VLE telah diadakan pada 23 Julai 2013 (Selasa) bertempat di Makmal Komputer SMK Seri Berang. Latihan ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu 10.00 pagi – 12.00 tengahari (guru sesi petang) dan 2.00 - 4.00 petang (guru sesi pagi). Penerangan disampaikan oleh Cik Salmawati bt Jusoh dibantu oleh Pn Maizul Alipah bt Mohd @ Mamat yang telah mengikuti Kursus Frog yang diadakan di PKG Kuala Berang pada 4 dan 5 Julai 2013.
  Latihan ini bertujuan mengukuhkan pengetahuan guru-guru dalam melengkapkan objektif penggunaan sistem pembelajaran itu di sekolah. Guru-guru telah didedahkan kepada cara mengaktifkan Frog VLE dan seterusnya membina laman web berasaskan Frog VLE. Walaupun terdapat gangguan internet pada slot kedua, guru-guru telah memberikan kerjasama yang baik dan dilihat begitu berminat mengenainya. Diharapkan sistem pembelajaran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.





Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.