SMK Seri Berang telah mengadakan kelas tambahan kepada pelajar sebagai persediaan tambahan kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan,walaupun kelas tambahan tersebut mendapat sambutan menggalakan daripada para pelajar ,namun terdapat segelintir pelajar tidak menghadiri kelas tambahan tersebut.Oleh sebabitu,SMK Seri Berang telah membuat keputusan melancarkan operasi Ops Ponteng Kelas Tambahan dan perjumpaan khas dengan ibu bapa pelajar yang tidak menghadiri kelas tersebut bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Program ini bermula pada pukul 9 pagi 11 September 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat SiBer sesi perjumpaan khas Tuan Pengetua SiBer,En.Ramli Bin Pik dan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran ,En.Rasdi Derahman yang telah mempengerusikan majlis tersebut.Ibu bapa hadir menemani anak mereka bagi memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk sama-sama mengatasi masalah tersebut dan berkongsi idea mengenainya.Hal ini menunjukkan komitmen bukan sahaja pihak sekolah malah pihak Ibu bapa juga sama-sama dalam berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar SiBer.
Comments