Skip to main content

Majlis Sambutan Kontijen Atlet SiBer Woodball SUKMA 2013

Satu majlis sambutan wira atlet yang mewakili acara Woodball di arena SUKMA 2013 baru-baru ini telah diadakan pada 9 Julai 2013 (Selasa) di Dewan Gemilang, SMK Seri Berang pada jam 2.30 petang. Paluan kompang dari pasukan kompang SiBer menceriakan lagi suasana majlis tersebut bagi menyambut wira dan wirawati ini kerana mengharumkan nama Negeri Terengganu dan juga SMK Seri Berang.
  
 Program dirasmikan oleh En.Wan Azali Bin Wan Yusof selaku Pegawai Pendidikan Khas Sukan PPDHT dan diiringi oleh En. Abd Halim Bin Osman merangkap Penyelia Sukan PPDHT. Antara atlet tersebut adalah  Mohammad Fauzan Bin Mohammad, Muhammad Amirin Bin Ibrahim, Lukman Nurhakim Bin Sabri, Mohd Fadli Hisyam Bin Ahmad, Mohd Basyaruddin Bin Roslan, Abidin Syakirin Bin Mohd Yaakub @ Yahya, Siti Syamimi Binti Rahman, Hasila Binti Che Hasmuni dan Siti Hajar Bin Mamat @ Ghazali.
  
Antara atlet bertuah ini yang berjaya merangkul pingat pada kejohanan tersebut adalah Mohammad Fauzan Bin Mohammad yang memenangi pingat emas acara individu lelaki, pingat perak acara berpasukan lelaki dan juga pingat perak dalam acara beregu lelaki. Tidak ketinggalan juga Mohd Fadli Hisyam Bin Ahmad berjaya merangkul pingat perak dalam acara berpasukan lelaki, Selain itu juga, Siti Syamimi Binti Rahman dan Hasila Binti Che Hasmuni masing-masing merangkul pingat perak dalam acara berpasukan wanita.
  
Oleh sebab kecemerlangan atlet ini, mereka mendapat ganjaran masing-masing berupa tunai RM1000 sumbangan dari kerajaan Negeri Terengganu bagi pingat emas dan RM300 untuk pingat perak. Selain itu juga ganjaran pemenang dalam acara Woodball di SUKMA 2013 kali ini juga berupa tunai RM5000 beserta pakej umrah untuk pingat emas dan RM3000 setiap seorang yang mendapat pingat perak.





Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.