Skip to main content

Peperiksaan Percubaan PMR & SPM

      Seramai 172 orang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini telah menduduki peperiksaan percubaan PMR di Dewan Gemilang bermula 19 hingga 25 Ogos 2013. Kemudian diikuti dengan Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 26 Ogos 2013 dan akan berakhir pada 12 September 2013.
              Calon-calon PMR dan SPM diharapkan dapat menunjukkan peningkatan prestasi masing-masing dalam peperiksaan percubaan ini.  Untuk cemerlang dalam peperiksaan, pelajar perlu bersedia dari segala aspek; bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.  Peperiksaan sebenar PMR akan bermula pada 2 Oktober 2013 dan SPM bermula pada 6 November 2013.
   Sama-samalah kita berdoa agar calon-calon PMR dan SPM SiBer akan menempah kejayaan yang akan menaikkan nama sekolah.



Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.