Skip to main content

Majlis Perasmian Bulan Pusat Sumber 2013

Pada 17 Jun 2013,(Isnin), majlis perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah diadakan di perhimpunan rasmi bertempat di Dewan Gemilang SMK Seri Berang. Sambutan bulan PSS ini bermula dari 16 Jun hingga 16 Julai 2013. Tema Bulan PSS pada tahun ini ialah “Ilmu Pemangkin Kecemerlangan”. Majlis dimulakan dengan gimik pelancaran iaitu penyerahan ‘banner’ oleh pelajar kepada Pn Zaileha bt Othman selaku Guru Penyelaras Media untuk diserahkan kepada Tuan Pengetua, Encik Ramli bin Pik. Seterusnya, Tuan Pengetua dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan pelancaran Bulan PSS 2013. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kelas yang memberi kerjasama dalam pembayaran akhbar iaitu kelas 3 KRK, 5 Bestari dan 5 Efisien.







Comments

Popular posts from this blog

LADAP GURU: PELAN PEMBANGUNAN PROFSIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KPM

TARIKH:   31   Disember 2015 MASA: 8.00 pagi– 2.00 petang TEMPAT :  Dewan Gemilang SMKSB

A WELCOMING CEREMONY OF THE FIRST ETA (ENGLISH TEACHING ASISSTANT)

TARIKH:   27 Januari 2015 MASA:  8.00 pagi TEMPAT : Dewan Gemilang SMKSB NAMA: Mr. John Brendan Horgan

Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu 2014

 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2014 bertempat  di SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu. SMK Seri Berang yang diwakili oleh tujuh  peserta dari tingkatan 2 hingga tingkatan telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kumpulan pelajar ini telah dibimbing oleh Cik Hanisah bt. Talaha  dan Pn. Wan Fatimah bt Wan Sembok.