Pada 19 Jun 2013 (Rabu), sesi Latihan Kecemasan dan Kebakaran 'Fire Drill' telah diadakan di padang sekolah, bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang melibatkan semua warga SiBer bersama dengan pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Berang bersama sembilan anggota bomba.
Sesi taklimat keselamatan kebakaran disampaikan oleh pegawai bomba kepada warga Siber. Dua orang guru bersama dua orang pelajar telah menyertai demontrasi memadamkan kebakaran. Sesi latihan ini juga bertujuan sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar jika berlaku kebakaran di sekolah supaya dapat bertindak dengan cepat dan tangkas semasa operasi menyelamat mangsa yang terperangkap.
Comments